Tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia, cara berdakwah yang lebih berkesan, cara bersosial yang lebih baik, cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.aw. Kehebatan dan keindahan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w dan Islam tidak mampu diterangkan secara tepat dan jelas melainkan ianya dilaksanakan di atas bumi nyata..
DILARANG BERTEMAN AKRAB DENGAN ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI DAN AKIBAT MELANGGARNYA
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
( Al Maa'idah:51)
Dalam entry ini juga ada sedikit renungan dan pengajaran yang boleh kita ambil terhadap apa yang telah di lakukan oleh pemimpin Turki suatu ketika dulu.....perubahan sekular yang dilakukan telah memudaratkan diri sendiri dan memberi impak yang teruk kepada dunia Islam ketika zaman pemerintahannya...
Antara perubahan yang dilakukan dan antara sebab kejatuhan Negara Turki ketika waktu itu...:-
*Pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
*Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat
*Menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung. Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
*Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
*Beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
*Menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagai agama rasmi negara Turki
*Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama yang cuba menetangnya
* Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
DISEBABKAN PERKARA TERSEBUT MAKA ALLAH TIMPAKAN BALA YANG TIDAK TERKIRA PERIT DAN PEDIHNYA SEHINGGA JASADNYA TIDAK DITERIMA BUMI.....
~KAMAL ATATURK~ |
#CILI PADI~
"Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
salam Renungan..wasalam~
Kita kena guna akal jangan buat tak ketahuan...~
No comments:
Post a Comment