SAHAM NERAKA

Salam sejahtera,


Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan. Islam juga tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat. Sempurna di dunia inshaAllah sempurnalah di akhirat sana...


Saham Neraka seperti Skim Pak Man Telo, Skim 350, Platinum Lane, Mercantile Investment, dan yang akhir sekali pada tahun lepas iaitu Euro Index. Banyak lagi skim saham neraka yang sedang beroperasi di negara ini melalui MLM dan yang paling mudah iaitu email yang kita terima hari-hari dimana memerlukan pelaburan yang serendah RM10 tetapi pulangan berpuluh ribu dan ia tidak tersebut disini terlalu banyak....


Pernahkah kita terfikir dan termenung seketika memikirkan apa yang akan berlaku dengan dunia hari ini, segala kemungkaran dan juga kezaliman menjadi perkara biasa...ini adalah akibat apabila kita "ditunggangi" oleh nafsu semata-mata..


Hidup dalam Rasuah....

Sabda Rasulullah... Orang yang memberi Rasuah dan menerima Rasuah..keduanya dalam neraka..
**Mafhum Hadis*




Bila Rasuah menjadi cara hidup maka kezaliman akan berlaku...seterusnya rosaklah segalanya...hilang pedoman hidup....Nauzubillah min zalik....~~~


Hidup dalam kezaliman....




Hidup hanya sekadar memenuhi keperluan diri sendiri...EGOIS!!!!


Semuanya kerana kita menjadi hamba kepada nafsu..maka semua ini akan berlaku tanpa sedar..
Dalam kitab dan Juga hadis telah termaktub bahawa kezaliman akan membinasakan segalannya...
untungnya kita menjadi Umat Nabi Muhammad... berbanding Umat Nabi terdahulu.... kalau umat terdahulu segala perbuatan mereka dibalas terus...TAPI kita bila diberi amaran demi amaran tetapi masih kita tidak sedar..., masih ditakuk lama.....!!




Mencegah Kezaliman/ Keganasan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”


Riwayat at-Tabrani



Sementara dalam sebuah hadis lain, bertanya pula seseorang kepada Rasulullah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: 
Celupkan jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat.
 


Sekian..Santapan Rohani~ wasalam....!!!!

No comments: