HARGAI MEREKA SELAGI MASIH ADA...

Salam ukhuwah..
selalu kalau kita terbaca akhbar2 berkaitan anak-anak derhaka a.k.a tidak bertanggung jawab apa yang kita fikir...??
anak-anak yang tidak kenang jasa.. dan lain2..Nauzubillah~kali ni saya ingin sisipkan hadis2 yang menyatakan berkaitan perihal hormat-menghormati Ibu Bapa..." Ibu bapa adalah segalanya..""Kasih ayah tiada penghujung...kasih Ibu membawa  ke syurga...""
Dalam Islam, walaupun Ibubapa kita berlainan agama sekalipun..Islam tetap menyuruh mereka terus ditaati..
Keberkatan dalam kehidupan amat penting..segalanya bermula dengan Ibubapa...
sekali titisan air mata mereka jatuh kerana terluka kerana perbuatan kita, maka pasti akan ada sesuatu yang tidak kene dalam kehidupan kita kelak....percayalah......Allah maha Adil..
sedih bila kita memikirkan perkara ini... semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh & solehah~


Hadith :

DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

(Riwayat Muslim)

.
.

3 Amalan Yang Berkat

Hadith :

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, BERBAKTI KEPADA IBU BAPA dan berjuang di jalan Allah.”

(Sahih Bukharii)
.
.

Mentaati Kedua Ibu Bapa
Hadith :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
(Riwayat al-Hakim)
.
.


Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, siapakah yang patut aku taati? maka jawab Rasulullah Ibumu...kemudian selepas itu??Rasulullah menjawab Ibumu...kemudian sahabat bertanya lagi siapakah selepas itu?? Rasulullah menjawab Ibumu....kemudian Baginda ditanya lagi soalan yang sama...siapakah selepas itu?? bapamu jawab Rasullah....


PERKARA YANG HARUS DITELITI DALAM KEHIDUPAN:

* Melebihkan Ibu berbanding Isteri/suami..

* meninggikan nada suara di depan Ibubapa amat ditegah dalam Islam...

sekian, wasalam..




## Mungkin mereka lebih mengenal erti kasih sayang...~