KEHILANGAN MUHAMMAD IMAN

Assalamualaikum, pagi ni sy dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang2 yang memberitahu bahawa anak saudara kami meninggal dunia atas masalah kesihatan,Allahu Robbi, Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.... sebelum ni kami sekeluarga sudah dimomokkan oleh 3 doktor pakar hospital bahawa anak yang dikandung oleh kakak mempunyai masalah kesihatan dan kemungkinan memberi risiko kepada kakak...tapi Allah Maha Mengetahui apa yang direncanakanNya...anak yang dikatakan tidak mampu hidup dengan tempoh yang lama, mampu bertahan selama seminggu..

Selepas seminggu kakak melahirkan Muhammad Iman, anak kecil ni kembali kepada Allah., seminggu mata bayi ni melihat dunia yang sememangnya tampak manis, namun ia hanya fatamorgana, Tak akan kekal dan akan hilang kelak.. kakak menangis-nangis nak tengok Muhammad Iman di Hospital semalam, sebelum hari ni disahkan meninggal kerana jantung lemah.. semoga Allah memberi kekuatan kepada kakak dan orang sekeliling... terkilan pulak sy tak dapat balik Pahang utk bersama menguruskan jenazah kerana punyai halangan...hanya dari jauh doa sy kirimkan.. sekarang Nurin Batrisha (gambar) satu-satunya permata dalam keluarga kakak....






SATU-SATUNYA PERMATA & PENYEJUK MATA
~Hadis~
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga: Apakah kata hamba-Ku?Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---