Bismillah, hati manusia ini sentiasa berbolak balik, kadang teguh kadang goyah. Kadang hati ingat pada Tuhan kadang hati lupa sebab itu kita harus didik hati kita dengan berfikir sejenak
( ambil lah masa 5 minit sekalipun untuk berfikir).
Pandang alam sekeliling dan renung keindahannya. Manfaatkan akal yang di anugerahkan Allah kepada kita dan itulah yang membezakan antara kita dengan haiwan ciptaaNya. BERFIKIRLAH. Nukilan kali ini, suka untuk saya berkongsi tips bagaimana menemui ketenangan jiwa seterusnya menjadi hamba yang bersyukur.
Firman Allah dalam Surah Al Jaathiyah : 13
Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi
semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.
-----------------------------------
TIPS MENEMUI KETENANGAN JIWA
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
- Memahami sari penting isi kandungan alQuran, sedikir demi sedikit sekadar yang mampu dan seterusnya
2. Menyayangi orang miskin/ Anak kecil/ Binatang
- Bermula dengan sikap ini pasti mampu mendidik hati kita kerana dalam usia kita sekarang pasti pernah melalui masa kanak-kanak.
-Menyayangi haiwan seperti kucing dan lainnya, beranggapan bahawa setiap sentuhan dengan belaian ikhlas adalah satu ibadah, memberi makan kepada kucing-kucing juga adalah sedekah yang ganjarannya juga pahala yang besar.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
- Bersyukur jika kita masih cukup makan dan pakai berbanding dengan orang lain yang masih serba kekurangan.
4. Menjaga silaturahim
- Menjaga hubungan baik sesama Muslim dan bukan Muslim. Mempamerkan sikap yang baik sesuai dengan ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad iaitu Islam sebagai cara hidup.
5. Banyak mengucapkan “(لا حولا ولا قوة الا بالله) "La hawla wa la quwwata illa billah"
- Lafaz Hauqolah yang bermaksud "Tiada daya aku melainkan dengan bantuanMu ya Allah"
6- Merenung Alam Ciptaan Allah
- Berfikir sejenak tentang keindahan alam. Ambil masa pergi ke pantai dan renunglah dengan hati yang terbuka. Kalau langit yang luas terbentang itu punya tiang yang mendokong, di mana letak tiang tersebut?
Inshaallah, sama-sama kita mencuba dan perbaiki diri dari hari ke hari untuk menjadi lebih baik. Dan Akhir sekali gigihnya saya skodeng encik google (Hehe) untuk berkongsi gambar-gambar yang membuatkan saya rasa tenang melihatnya. I am crazy nature lover. :)))
~ Hafifi Borhan El Said~