PESAN IMAM al-GHAZALI






Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-

1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa,,..
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”

(Riwayat Muslim)

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..
---
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Riwayat Muslim).


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..
---
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
[Riwayat al-Bazzar]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..
---
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
[Abu ad-Darda' r.a]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...
----
.....Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal...
[Surah Luqman:34]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
(Riwayat Muslim)


Pray to Allah and be confident of a response.!!!!



Sourcefacebook notes

by- Hafifi Borhan el Said

REMEMBER DEATH






Ingatlah Kematian Itu Dari Detik Kedetik Dan Dari Saat Ke Saat
Allah Tidak Janjikan Kematian Kita Di waktu Tua
Begitu Juga Allah Tidak Janjikan Kematian Kita Disebabkan Sakit
Tidak pun Sakit Boleh Mati Juga ...
Oleh Itu Jangan Senang Hati Kematian Pastikan Berlaku
Tunggulah Kematian Dari Nafas Ke Nafas
Agar Kita Tidak Angan-angan Melalaikan

Ingatlah Senantiasa Tuhan Setiap Waktu Kerana Kematian Kita Tidak Tahu
Ingatlah Mati Di dalam Sebarang Hal Agar Kita Senantiasa Gentar Dengan Tuhan
Oleh Itu Bersiap Sedialah Mengusahakan Iman Dan Taqwa
Sebagai Bekalan Menuju Akhirat Yang Kekal Abadi
Hidup Di Dunia Hanya Sekali
Bila Pergi Tak aKan Kembali
Tersilap Di Dunia Padahnya Diterima Di Sana
Mengapa Kita Belum Pun Menambah Amalan
Sedangkan Umur Makin Lama Berkurangan
Pabila Sudah Sampai Kesempadan Kan Menyesal

-hafifi borhan el said-
*A message to human being in this world to remember death. Inshaallah

ALLAH SAVED MY FRIENDS AND I FROM DROWNED

              Aku terlalu teruja dan terlalu gembira apabila ada program kenang-kenangan bersama kawan2 tahun akhir jabatan pengajian arab tamadun Islam,UKM. Aku fikir waktu itu, lepas ni mungkin kita da tak berpeluang jumpa sebab masing² pon da dewasa, bawa haluan masing² dengan kerjaya dll (Ceh,klise sungguh alasan),, mana mungkin ada masa mcm ni lepas ni.. teringin pulak jd 'kanak²' sekejap nak main sukaneka lepas ni dah takde susasana ni. sungguh kat hati ni ikhlas nak pergi family day batch sebab nak meraikan rakan² lain. aku bahagian pengurusan program dan ada yang bahagian lainnya seperti pengangkutan dan AJK organisasi program.. Bermula dengan penyertaan 35 orang rakan² dan last² sekali baki hanya tinggal 25 orang selepas penarikan penyertaan last² minit...Aduh!
              Kami yang lelaki tinggal 6 orang daripada 13 orang yg nak join this program. aku mula 'down' sekejap sebab ramai yang tarik diri last² minit. Aahhhh!!!  its ok itu bukan masalah even mood dah berubah sikit.. muda hanya sekali, so kita enjoy..LOL,  aku korbankan cuti gap dr final exam seminggu lebih sebelum final paper 25 Jun 2012 ni, utk jumpa family kt kampung semata² nak berkumpul ramai² utk terakhir kalinya, last² 25 orang insan bertuah dpt jumpa aku..hik4 (ye dpt jumpa aku), lebih kurang 5 bulan juga kaki ini tak jejak di kampung halaman. Apa² pon program ni mesti diteruskan, makanan pon dah tempah,bas pon dah tempah. family day batch yang berlokasi di Ulu Yam Baru Selangor (Lokasi asal di Melaka) memberi seribu kenangan dan pengalaman yang memang ak takkan lupa sampai bila². sungguh hati ini bangga melihat rakan² 24 org yg gigih meneruskan hasrat join program ini. thanks a ton. tepat jam 7.05 pagi, aku dah sampai di fakulti pengajian Islam (tempat berkumpul) semangat tak? aku dtg sama irsyad, sebelum sampai di fakulti, aku dah ckp kt irsyad aku rasa mcm malas nak g, irsyad senyum ja...senyum dia aku faham,aku tahu dia pon sama mcm aku (malas nak join), dia sembunyi lumat-lumat dalam hati.. Setiba aku dan Irsyad di fakulti, waniey dah sampai dulu, paling awal,paling semangat (nak main game super spontan sebenarnya hehe). kira² jam 7.45pg berkumpul, bilangan rakan² perempuan bertambah menunggu bas.
             Aik?? 4 orang lelaki je? mana yg lain ni? tido? kami semua call kawan2 yang lain.. tak angkat? aduh mcm mana ni tak syok la.... call² biar sampai 20 missed called.. hehe.. syakir (post pengangkutan) dan farid (KP program) dah ada dalam bas, melengkapkan bilangan jejaka tampan 6 orang kesemuanya. Tibe² 'Zaaassssss' (bunyi ular,  incoming ringtone msg). Hah, Syakir mesej ak, dia kata "bas on da way ke fakulti nak angkut ampa". Rakan2 perempuan tanya aku, "weh berapa org yang join ni" aku senyum je, (ak malas nak bgtahu yang ramai tarik diri last minit, ak sengaja  taknak ganggu mood mereka). kami semua naik bas dan berpakat 10 minit tunggu sambil call berulang kali, kalau tak sampai juga kami tinggalkan. ok tepat 10 minit bas pon jalan, good bye semua...  shahir baca doa mula perjalanan. Uh, sambal udang meresap ke hidung... sedapnyeee, tiba² lapar pagi tu..aishhh.. ( dalam hati, terbalas juga hajat nak pekena sambal udang di kampung.) Amalina dan farhanah beri roti² aneka krim utk breakfast dan minirel water ^_^
            Perjalanan ke Ulu Yam ambil masa hampir 1jam 40 minit (jem sekejap kt highway), kami sampai saja di tempat, terus bawa turun barang dan set up tempat nak ber-BBQ. Ohoi syok, tapi aku tak faham kenapa hati ni tak tenang dr awal perjalanan sampai la ke destinasi. tak tenang dan tak tenang, aku cuba abaikan perasaan ini... kami terus set-up tempat dan bakar ayam,sosej dll. Makanan banyak sungguh, takut pembaziran berlaku, kami ajak driver bas makan bersama kami. Hampir 3 jam kami menyiapkan BBQ dan lepas semua settle kami makan sama-sama... Alhamdulillah cukup makan semua, kenyang , semua bergegas siap untuk solat. tepat jam 2.30 petang, majoriti dah siap solat, kami hanya menunggu lebihan rakan² yang lain untuk meneruskan event sukaneka. seusai semua kelihatan berkumpul, aku sebagai ketua program, bg la briefly events sikit tentang acara sukaneka ni.., cari gula2 dalam tepung mcm ni.., makan kek coklat tanpa guna tangan mcm ni dan tiup belon sampai pecah mcm ni...keh2...bla....bla... and then satu...dua...tiga...ting~ .
               Gembira tengok gelagat² rakan², semua enjoy. ya lah muda hanya sekali so, kita enjoy ::LOL::  Ooh ye, sorry waniey, game super spontan tak sempat nak buat..hehehe. Alhamdulillah, habis saja bersukaneka, aktiviti santai kami bermula, siap² nak terjun mandi. aduhai,rugi ada rakan² yang lupa bawa baju lebih. Si akma,azyati, Fadhilah,Aishah dll. (kesian depa dpt celup² kaki kat air je) yang perempuan mandi bahagian atas, kami yang lelaki puas cari port baik punya, tapi sebenarnya rakan² perempuan dah cop dulu...cis!! kami beralih bahagian bawah sikit, masuk² kaki, uh cetek dan sejuk sungguh.. boleh la kalau nak main ngan budak²..haha, mandi la kami yang lelaki ni dalam 20 minit. masing-masing tak puas hati, kami pon beralih arah. cari port baik punya, berjalan la kami ke atas sedikit, 'jauh perjalanan, luas permandangan katanya' ::LOL::, kami berjalan jauh sedikit, dan jumpa tempat kelihatan seperti 'best'. Hati aku makin dup dap dup dap... apa kene la ni ya Allah, aku termenung sekejap sebelum terjun ke dalam air, kami biarkan yang lebih pro terjun dulu, biar irsyad 'survey' tempat ni dalam ke tidak (takut oi, kami ni takat² amatur kot, the beginner bab2 berenang ni, bukan tak tahu langsung tp sikit dari banyak yg praktikalnya..kah2 ) Bila irsyad bagi green light, farid, syakir,muzakir,syakir dan shahir mula terjun ke dalam air... irsyad kata kawasan tengah tak dalam, air paras dada ja (tengok irsyad berdiri dan ukur, betul la tu, paras dada). Waktu tu aku masih terfikir nak masuk ke taknak ,aku tak turun kat air lagi, taktahu kenapa, waktu tu memang kami 6 org saja kat tempat tu, aku dengar suara gelak tawa mereka, farid panggil aku, turun la weh,.tersedar dari lamunan, aku pon perlahan² turun ke dalam air, menggigil sejuk ya amat...ketaq bak hang, perlahan² aku selam ke kawasan yang tak 'dalam' tu..
              Wohoo! memang tak dalam, mula la kami berenang dan selam. sungguh kami tahu ada kawasan yang lebih dalam di satu kawasan tu. sebelum kami turun ke air pon kami da nampak air kawasan tu gelap hijau ( tanda aras dalam) tapi irsyad p jugak kawasan tu dan kat kawasan tu ada rotan ke apa ntah utk org bergayut kot.. (ala² citer tarzan, rotan yang kuat dan berlumut) aisshh, lepas 10 minit kami bermandi-manda tiba2, farid terkapai2 mcm apa ntah, kami dah lali dengan gurauan kawan² ni. aku buat dont know je... bila aku tgk betul2 memang farid tak dapat nak kawal badan dia untuk terapung. Allah,Allah,Allah aku dah mula cuak, waktu tu shahir pergi ke arah farid dengan niat nak tolong dia, aku tengok farid tarik shahir, gurau ke mereka ni, aku pon pergi hampir kat mereka berdua, dan aku turut bersama² mereka dan muzakir sekali terperangkap dengan kami,...masing² memang niat nak selamatkan kawan² tapi diri sendiri tak dapat kawal, ya Allah kami lemas, kaki kami sedikit pon takde tempat berpaut. Tempat dalam ya Allah, hanya badan kawan² saja tempat aku berpaut waktu itu. Aku, Shahir, Muzakir dan Farid bergelut gaya mcm bergaduh, masing² bergelut, masing2 nak keatas permukaan mencuri nafas, keadaan makin panik, asal dapat 'benda' utk bawa badan masing² ke permukaan utk mencuri nafas sudah terbaik,semua tak kesah apa bende tu, dan 'bende' itu tak kira dengan cara apa sekali pon, tarik kaki, pijak bahu, tarik baju atau apa pon cara asalkan dapat bernafas, kawasan itu di bahagian tengah, so memang sedikit pon takda batu utk berpaut atau berpijiak, irsyad dan syakir datang hampir kearah kami, syakir turut tak dapat kawal badan, kami berlima terperangkap kat kawasan tu. Irsyad menyelam dan menolak seorang² ke arah tepi tapi apakan daya khudrat seorang irsyad membantu menolak rakannya yang 5 kearah tepi tak banyak membantu sebab masing² masih panik bergelut,  selepas beberapa minit bergelut, syakir terlebih dahulu berjaya pergi ke tepian atas batuan besar tepi dan berusaha mencari galah (buluh sebenarnya) utk menarik kami, waktu itu kami berempat masih bergelut, tiada sepatah pon suara yang keluar dr mulut kami melainkan usaha demi usaha dalam pergelutan itu (kalau keluar suara badan lagi cepat lemah) dalam hati aku, ya Allah aku lemas, kami lemas... kami makin lemah, byk terminum air.  Setiap kali mencuri nafas di permukaan dengan bantuan anggota² badan kawan (^_^!) setiap kali itu kami terminum air.
               Allah ,Allah,Allah... irsyad masih berusaha membantu menolak kami ketepi, aku siap² mengucap kalimah shahadah, sebab badan makin lemah, aku hampir berputus asa mencari tempat berpaut, hampir saja aku mengabaikan semuanya sebab terlalu lemah, hampir saja aku melepaskan pautan tangan ini dan biarkan tangan mendepa dan bertawakkal dan untuk terakhir kalinya aku berpaut dengan tawakkal pada Allah dan di kaki rakan² (kaki muzakir tak silap) dan kami semua bersyukur apabila shahir dan muzakir dapat berpaut di rotan berlumut di kawasan tu, kami bergayut antara satu sama lain. perlahan-lahan syakir menarik kami dengan buluh panjang. aku bersyukur ya Allah, semua selamat walaupun masing² kelihatan lemah. kami semua termenung seketika dan kelihatan ada sekumpulan lelaki datang ke arah kami dan bertanya tentang tempat itu. "ok ke tempat ni?" Irsyad jawab " dalam juga tempat ni,kami pun bernasib baik selamat"  [lebih kurang la dialog depa] kata mereka rupanya bahagian atas kawasan atas sudah hujan lebat  dan menjadikan kawasan itu air berpusat, mcm  mana ntah... mcm  tu la kot,  mula la aku teringat satu entry dalam satu blog, apabila kita lihat daun² kering atau air keroh (pembawakan pasir) di kawasan kita mandi tu bermaksud kawasan atas sudah hujan dan cepat2 naik. jika kita da nampak tanda² macam tu, sayugia kita cepat² naik berteduh.
                Dan Alhamdulillah kami selamat dan bersyukur kepada Allah, sepatutnya ada baki 1 jam lebih lagi untuk aktiviti santai, tapi kami berhenti disitu saja, takut memikirkan saat² cemas waktu itu. Selepas 15 minit berehat sambil termenung, hujan renyai² turun dan kami solat Asar dan berehat, packing barang² dan kemaskan kawasan. tak sempat bawa barang² naik ke bas, hujan lebat turut diselangi dengan guruh, kami dan rakan² perempuan berteduh di dua pondok sementara tunggu hujan berhenti, hampir satu jam juga menunggu hujan berhenti. Alhamdulliah hujan berhenti dan kami semua bergerak ke dalam bas. tepat jam 6.45 kami bertolak pulang, Aku membaca doa perjalanan pulang, waktu itu rakan² perempuan masih ada yang tak tahu tentang tragis kami , kami masing² mengungkap kata² syukur waktu dalam bas, Syukur berpeluang merasai nikmat nyawa 'dikembalikan' dan mengimbau kembali saat tragedi tu, sungguh sangat sukar diterima akal tapi semuanya ketentuan Allah,sungguh rencana Allah terhadap hamba-hambanya punyai hikmah.
              Sekitar 30 Minit perjalanan pulang, Bas berhenti seketika dan kami solat maghrib di sebuah masjid. Selepas 30 minit, aktviti terakhir iaitu sesi pertukaran hadiah, masing² mencabut undi dan memberi hadiah masing² kepada rakan². Sambil tu Huda sediakan Spaghetti utk kami, kami makan spaghetti dan terima hadiah. Sedap spaghetti  tu, tq huda. Sambil tu kami tonton movie Horrey-Horrey (citer apa ak taktahu.). Aku pula dapat hadiah daripada Amalina (ye hadiah kenangan dia bg, Frame berkubah warna keemasan ala² citer Aladdin, boleh letak gambar aku nanti..hik3 ) dan Hadiah aku dimiliki oleh Farhanah, Tahniah!!! mesti farhanah suka hadiah aku tu, betul tak??  aku tahu dia suka hadiah tu...hik3, thanks juga kepada atiqah Yaakob dan hidayah Wahab, walaupun jasad mereka tidak bersama kami berfamily day...keh2 (mereka tak dapat dtg, hadiah saja yg mampu dikirimkan). Hidayah dan atiqah dapat tak hadiah balik dr kawan² ??? syukur, kenangan terakhir bersama kawan² memberi 10001 pengertian dalam erti sebuah persahabatan. Rakan² lain yg tak dapat dtg sebab komitmen final projek dan komitmen keluarga, tak mengapa, inshaallah lain kali.  Kami tiba di UKM, jam 10 lebih. Sebelum balik ke Kolej kediaman aku sempat pekena sambal udang sekali lg sama Irsyad, Alhamdulillah, semuanya enjoy dan semoga ukhuwah ini berterusan. by the way, aku coretkan semua ini sekadar mahu melempiaskan fikiran ini, rasa berat memikirkan setiap kali bertarung dan berpaut dan hampir berputus asa, andai aku memilih berputus asa dari berusaha mendapat bantuan berpaut pd badan kawan² waktu tragedi pasti tiada lagi aku disini ..

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

             Perkara ini terbawa² sampai ke tidur, sampai ke makan sampai kemana saja, terlalu sakit ditanggung seorang diri saat 'kemuncak' hampir berputus asa mengharap ada kuasa ajaib dr Allah membantu. Aku yakin, Farid,Irsyad,Muzakir,Syakir dan Shahir turut merasa perkara yang sama. Andai aku memilih berputus asa dr berusaha atas kaki sendiri dgn berpaut pada rakan², pasti tiada hayat aku lagi. Alhamdulillah ya Allah....Sengaja aku coretkan sedikit kenangan untuk rakan² yang membaca. semoga setiap kali membaca, 'sakit' ni dapat dikurangkan, inshaallah....

FAKTA TRAGEDI:
- Hanya kami ber-enam sahaja yang ada waktu itu dan di kawasan itu.
- Aku seolah-olah terpandang seorang lelaki menyuruh kami naik dr mandi dikawasan itu dgn memberi isyarat       tangan. (wallahu 'alam, is it true or not, blur~)
-Hati aku berdegup makin kencang bila mana sampai di kawasan tragedi
-Kami terminum air setiap kali cuba mencuri nafas (kenyang air ::LOL::)
-Irsyad berfikiran, "andai ak tak mampu selamatkan kesemua ini, aku akan selamatkan diri sendiri"
-Farid, waktu kejadian sudah terbayang wajah keluarga dan menjadi terfikir tragedi ni akan jd satu berita di akhbar-akhbar, @_@
-Kami semua dapat berpaut di rotan berlumut.Alhamdulillah
- Kalimah Shahadah sudah berbutir di bibir masing².
-Tiada suara dan patah perkataan yang keluar dari bibir kami melainkan usaha dalam pergelutan


                                  -ALLAH SAVED MY FRIENDS AND I FROM DROWNED-

                            Dear JPATIANs  :-
                                  "I'll lean on you and you lean on me and we'll be okay."

                                                   ~friendship never ends~ 









BETUL KE BERCOUPLE ITU HARAM ??

         Assalamualaikum, kita sambung diskusi ilmiah kita ye..hehe, tanda2 kecil kiamat sudah pun lengkap utk kalender akhir zaman ini..Ya Allah semoga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik.... Ameen.....
         Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)yg haram tetap haram…
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:-
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Sy berlajar di UKM,Bangi, tahun akhir inshaallah... bulan lepas ada program bersama Dato' Ustazah Siti NorBahyah dan ada 4 tips yang dia bagi (4P) n 4P ini adalah permulaan utk ke arah zina, jadi jauhi perkara ini inshaallah perbuatan mungkar dan hina ini akan dapat dihindarkan...sy ringkaskan ye, ada pertanyaan lebih details sy sedia kongsikan inshaallah..

1) Pandang (jgn la pandang perempuan mata ke mata)
2) Pegang (bila da pandang kita mula nak pegang tangan)
3) peluk (selepas itu akan peluk)
4) penzinaan (maka berlaku penzinaan)
-----------------------------------------------
Sungguh Islam ini cantik dan membahagiakan, Islam tidak pernah melarang rasa cinta penganut2nya sesama makhluk lain, apa yang dilarang Islam itu adalah perbuatan zina dan perkara yang menghampiri zina..... cinta itu fitrah, dan fitrah memerlukan hidayah untuk mendapatkan cinta, andai fitrah tanpa hidayah maka cinta itu menjadi fitnah...
::jika kamu mencintai seseorang melalui hati ke hati itu tidak mengapa, tetapi jika kamu bercinta mengikut cara syaitan seperti berpegangan tangan  dan lain-lain hubungan kamu tidak diredhai Allah::
ok,salam
- Hafifi Borhan el Said-



KUCING.... CATS.... قط / قطة..

Salam, malam ni tiba² nak citer pasal kucing, tiba² teringat kucing-kucing kat rumah, rindu nak tido sama kot! entah makan ke tak? gadoh lg x dengan kucing usop (kucing jiran)... adoi usop...usop da la besar hitam metallic pulak dan hampir kesemua kucing² dalam rumah tu darah daging dia...wakaka, hampeh punya usop, habis manis sepah dibuang!!! Dulu kucing² kat rumah pernah sampai tahap 25 ekor, semua ada nama, etot, putih, merah,comel, hitam, dan mcm² lagi....=)
    Semuanya bermula masa sy umur 5 tahun (dhobid sungguh) kakak sy selamatkan sekor kucing tersangkut kat pagar belakang rumah...dah la masa tu pregnant, sebaik tak gugur (tak taw mcm mana leh tersangkut) start pada tu bela n jaga dia sampai berbuyung² cucu cicit kat rumah tu... satu family mula sayang kucing, anugerah Allah juga ni..ameen ya Allah, sekarang ni semua kucing²  kat rumah ni  yg dr anak/cucu/cicit kepada anak kucing mula² jumpa tu (boleh sampai maksud kot) kiranya anak pertama kucing tersangkut kat pagar tu melahirkan keturunannya sampai sekarang.... pelik tapi benar, mahu belas kali dia beranak, *seriously it fact*
     Belum kita citer part sekor² lg kan + kene buang lagi dengan nangis bagai (kakak menangis,merajuk taknak makan nasi coz sekor kucing kene buang padahal berpuluh lg kan rumah tu) ...heheh , nowdays kat rumah dah tambah kucing siam, dan dia ada anak-anak baru je lahir bulan Muharram lepas... Inshaallah akan release album end of this month    dengan pelihara haiwan ni, Allah S.W.T bg kita nikmat yang kadangnya kita tak perasan seperti rezeki dan lainnya selain nilai kasih sayang tu...bukankah berjasa pada haiwan adalah tuntutan dalam Islam? Usah risau jadi papa/miskin kalau kita bersedekah walaupun dengan haiwan sekalipun, itu juga sedekah bukan?... 
*trust me*
MEOW3



Abu Hurairah – Bapa Kucing
Abu Hurairah, terkenal sebagai sahabat Rasulullah (S.A.W) dan perawi utama kata-kata Baginda Muhammad. Beliau telah diberikan nama samaran Abu Hurairah (bapa kucing) oleh Rasulullah (S.A.W) kerana menyelamatkan seekor anak kucing yang kesejukan dan meletakkan anak kucing itu didalam jubahnya untuk menghangatkan anak kucing tadi. (“Cat” adalah perkataan berasal dari perkataan Arab qit / Hirra (قط/قطة) tetapi kucing jantan kecil dipanggil Hurairah,  Dalam bahasa Arab, hirra bermakna kucing dan Huraira bermaksud seekor anak kucing.) *belajar perkataan Arab sikit deh~
Dari Abu Qotadah S.A.W bersabda,

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
“Kucing itu tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ”
[HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik]
Sesungguhnya orang-orang yang baik hati dan bertimbang rasa kepada makhluk Allah, Allah memberi kebaikan dan kasih sayang-Nya kepada mereka dan berbuat baiklah kepada makhluk di muka bumi supaya Allah boleh berbuat baik kepada anda.”
[Abu Dawud dan At Tirmidzi]
Rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita telah diseksa dan dimasukkan ke dalam Neraka kerana seekor kucing yang dia telah dikunci sehingga ia mati kelaparan.” Rasulullah berkata, “(Allah lebih mengetahui) Allah berkata (kepada wanita), ‘kamu tidak memberi ia makan dan minum apabila ia dikunci, juga tidak anda membiarkan ia bebas untuk makan serangga yang ada di bumi.” 

[Hadis – Bukhari 3:553, Riwayat ‘Abdullah bin’ Umar]
[Juga dalam Muslim, Riwayat Abu Huraira]
BUDAK NI SUKA TARIK EKOR KUCING!
SI PERINTIS KETURUNAN KUCING² DALAM FAMILY
By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---

HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL

Salam satu akidah, terdetik sy nak tulis entry ni, esok 1 April 2012, dalam kalender Masihi ada sambutan APRIL FOOL, Umat Islam terutama remaja sekarang tak faham atau buat² tak faham, syok sangat mengenakan member² atau bahasa lebih klise memperdajalkan member² dengan gurauan melampau sedang hukumnya adalah HARAM dalam Islam, 
           Sambutan yang ini adalah HARAM disisi Islam.. dan sememangnya apabila HARAM itu pasti bersebab, Islam agama yg mudah, utk lebih faham sy analogikan yg Islam ini umpama sebuah farmasi yang menyediakan ubat-ubatan jika ada salah penggunaan ubat bukan salah farmasi tersebut tetapi salah orang yang menguruskan farmasi itu... mudah bukan? semuanya tersedia untuk kemaslahatan bersama!!!

Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah S.A.W memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi S.A.W turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]




Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (Hari April Fool= 1 April) adalah dilarang kerana empat sebab:

1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan...

 ** sy explore youtube pasal sambutan ni...sy ada tengok video negara Barat bergurau dengan rakannya (April Fool) main takut² menyamar jadi hantu n mangsa lari ke luar rumah kerana ketakutan kemudian mati dilanggar kereta di luar rumah... Astagfirullah... let repent wasalam!!!

By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---

KISAH WANITA YAHUDI ZAMAN NABI BERULANG

Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

       Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube. Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
           Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
          Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut  menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
           Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb.com


Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

     Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”


Wallahu’alam…. sumber:http://hasnulhadiahmad.com

UNIFORM PRAMUGARI DUNIA

       Salam, entry lepas sy tulis tentang pakaian tentera wanita beberapa buah negara (klik),  Dan sy kata next entry pasal pramugari beberapa buah negara la pulak...ok,untuk non-muslim itu cara berpakaian mereka dan bg yg Muslim pula dengan cara yg telah ditetapkan oleh syarak,
      Dan perlu diambil perhatian samaada atas tuntutan kerja atau arahan pengarah filem (opss marah rosnah) sebarang perkara yg sememangnye jelas melanggar syarak mcm bukak aurat etc adalah sama sekali haram dan takde kompromi pon utk dpt diskaun walaupun dengan cara bg pengajaran (rosnah mat aris kata nak bg pengajaran takpe, ok fine dia da insaf pon dgn kenyataan tu). Even awak bertudung dan pengarah suruh bukak sebab buat scene dalam rumah ia TETAP HARAM..tidak boleh tidak ia HARAM.. 
        Maka  sebab itu telah dtg Islam yg di momok-momokkan Barat Islam adalah ganas terhadap wanita. Ketahuilah Islam sentiasa menjaga martabat wanita sebab itu wanita diwajibkan menutup aurat bukan balut kerana disitu hikmah menanti ~ kamu pasti tidak diganggu... Dari sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah.renung2kan dan selamat beramal!!!



Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 


"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[##] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..."

:: ## ::> Jilbab ialah sejenis pakaian yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada. 

[Surah Al Ahzab: ayat 59]


 
1. Katakanlah wahai Muhammad: “Hai orang2 tidak beriman!

2. “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

4. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
(surah al-Kafiruun :ayat 1-6)
ok tadaa..gambar pramugari2 dunia..keh3 warna warni en en.....

ni kredit 5 posen tuk busuk..keh3
Latvia, Air Baltic

The UAE, Emirates Airlines

South Korea, T’way Airlines

Canada, Porter Airlines
Finland, Finnair

Vietnam, Vietnam Airlines

Bolivia, AeroSur

China, China Southern Airlines

Thailand, Thai Airways

Malaysia, Firefly
China, Sichuan Airlines

India, Kingfisher Airlines

The UK, British Airways

Brunei, Royal Brunei Airways

Russia, Aeroflot
Italy, Air Italy

Hong Kong, Hong Kong Airlines


(^_~)
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.
.


 INI PILIHAN SAYA (Wink~wink~)
Iran, Iran Air

ingat tu..takmo nakal2... titew babab baru taw...!
By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---