Aku terlalu teruja dan terlalu gembira apabila ada program
kenang-kenangan bersama kawan2 tahun akhir jabatan pengajian arab
tamadun Islam,UKM. Aku fikir waktu itu, lepas ni mungkin kita da tak
berpeluang jumpa sebab masing² pon da dewasa, bawa haluan masing² dengan
kerjaya dll (Ceh,klise sungguh alasan),, mana mungkin ada masa mcm ni
lepas ni.. teringin pulak jd 'kanak²' sekejap nak main sukaneka lepas ni
dah takde susasana ni. sungguh kat hati ni ikhlas nak pergi family day
batch sebab nak meraikan rakan² lain. aku bahagian pengurusan program
dan ada yang bahagian lainnya seperti pengangkutan dan AJK organisasi
program.. Bermula dengan penyertaan 35 orang rakan² dan last² sekali
baki hanya tinggal 25 orang selepas penarikan penyertaan last²
minit...Aduh!
Kami yang lelaki tinggal 6 orang
daripada 13 orang yg nak join this program. aku mula 'down' sekejap
sebab ramai yang tarik diri last² minit. Aahhhh!!! its ok itu bukan
masalah even mood dah berubah sikit.. muda hanya sekali, so kita
enjoy..LOL, aku korbankan cuti gap dr final exam seminggu lebih sebelum
final paper 25 Jun 2012 ni, utk jumpa family kt kampung semata² nak
berkumpul ramai² utk terakhir kalinya, last² 25 orang insan bertuah dpt
jumpa aku..hik4 (ye dpt jumpa aku), lebih kurang 5 bulan juga kaki ini
tak jejak di kampung halaman. Apa² pon program ni mesti diteruskan,
makanan pon dah tempah,bas pon dah tempah. family day batch yang
berlokasi di Ulu Yam Baru Selangor (Lokasi asal di Melaka) memberi
seribu kenangan dan pengalaman yang memang ak takkan lupa sampai bila².
sungguh hati ini bangga melihat rakan² 24 org yg gigih meneruskan hasrat
join program ini. thanks a ton. tepat jam 7.05 pagi,
aku dah sampai di fakulti pengajian Islam (tempat berkumpul) semangat
tak? aku dtg sama irsyad, sebelum sampai di fakulti, aku dah ckp kt
irsyad aku rasa mcm malas nak g, irsyad senyum ja...senyum dia aku
faham,aku tahu dia pon sama mcm aku (malas nak join), dia sembunyi
lumat-lumat dalam hati.. Setiba aku dan Irsyad di fakulti, waniey dah
sampai dulu, paling awal,paling semangat (nak main game super spontan
sebenarnya hehe). kira² jam 7.45pg berkumpul, bilangan rakan² perempuan
bertambah menunggu bas.
Aik?? 4 orang lelaki je? mana
yg lain ni? tido? kami semua call kawan2 yang lain.. tak angkat? aduh
mcm mana ni tak syok la.... call² biar sampai 20 missed called.. hehe..
syakir (post pengangkutan) dan farid (KP program) dah ada dalam bas,
melengkapkan bilangan jejaka tampan 6 orang kesemuanya. Tibe²
'Zaaassssss' (bunyi ular, incoming ringtone msg). Hah, Syakir mesej ak,
dia kata "bas on da way ke fakulti nak angkut ampa". Rakan2 perempuan
tanya aku, "weh berapa org yang join ni" aku senyum je, (ak malas nak
bgtahu yang ramai tarik diri last minit, ak sengaja taknak ganggu mood
mereka). kami semua naik bas dan berpakat 10 minit tunggu sambil call
berulang kali, kalau tak sampai juga kami tinggalkan. ok tepat 10 minit
bas pon jalan, good bye semua... shahir baca doa mula perjalanan. Uh,
sambal udang meresap ke hidung... sedapnyeee, tiba² lapar pagi
tu..aishhh.. ( dalam hati, terbalas juga hajat nak pekena sambal udang
di kampung.) Amalina dan farhanah beri roti² aneka krim utk breakfast
dan minirel water ^_^
Perjalanan ke Ulu Yam ambil masa
hampir 1jam 40 minit (jem sekejap kt highway), kami sampai saja di
tempat, terus bawa turun barang dan set up tempat nak ber-BBQ. Ohoi
syok, tapi aku tak faham kenapa hati ni tak tenang dr awal perjalanan
sampai la ke destinasi. tak tenang dan tak tenang, aku cuba abaikan
perasaan ini... kami terus set-up tempat dan bakar ayam,sosej dll.
Makanan banyak sungguh, takut pembaziran berlaku, kami ajak driver bas
makan bersama kami. Hampir 3 jam kami menyiapkan BBQ dan lepas semua
settle kami makan sama-sama... Alhamdulillah cukup makan semua, kenyang ,
semua bergegas siap untuk solat. tepat jam 2.30 petang, majoriti dah
siap solat, kami hanya menunggu lebihan rakan² yang lain untuk
meneruskan event sukaneka. seusai semua kelihatan berkumpul, aku sebagai
ketua program, bg la briefly events sikit tentang acara sukaneka ni..,
cari gula2 dalam tepung mcm ni.., makan kek coklat tanpa guna tangan mcm
ni dan tiup belon sampai pecah mcm ni...keh2...bla....bla... and then
satu...dua...tiga...ting~ .
Gembira tengok gelagat²
rakan², semua enjoy. ya lah muda hanya sekali so, kita enjoy ::LOL::
Ooh ye, sorry waniey, game super spontan tak sempat nak buat..hehehe.
Alhamdulillah, habis saja bersukaneka, aktiviti santai kami bermula,
siap² nak terjun mandi. aduhai,rugi ada rakan² yang lupa bawa baju
lebih. Si akma,azyati, Fadhilah,Aishah dll. (kesian depa dpt celup² kaki
kat air je) yang perempuan mandi bahagian atas, kami yang lelaki puas
cari port baik punya, tapi sebenarnya rakan² perempuan dah cop
dulu...cis!! kami beralih bahagian bawah sikit, masuk² kaki, uh cetek
dan sejuk sungguh.. boleh la kalau nak main ngan budak²..haha, mandi la
kami yang lelaki ni dalam 20 minit. masing-masing tak puas hati, kami
pon beralih arah. cari port baik punya, berjalan la kami ke atas
sedikit, 'jauh perjalanan, luas permandangan katanya' ::LOL::, kami
berjalan jauh sedikit, dan jumpa tempat kelihatan seperti 'best'. Hati
aku makin dup dap dup dap... apa kene la ni ya Allah, aku termenung
sekejap sebelum terjun ke dalam air, kami biarkan yang lebih pro terjun
dulu, biar irsyad 'survey' tempat ni dalam ke tidak (takut oi, kami ni
takat² amatur kot, the beginner bab2 berenang ni, bukan tak tahu
langsung tp sikit dari banyak yg praktikalnya..kah2 ) Bila irsyad bagi
green light, farid, syakir,muzakir,syakir dan shahir mula terjun ke
dalam air... irsyad kata kawasan tengah tak dalam, air paras dada ja
(tengok irsyad berdiri dan ukur, betul la tu, paras dada). Waktu tu aku
masih terfikir nak masuk ke taknak ,aku tak turun kat air lagi, taktahu
kenapa, waktu tu memang kami 6 org saja kat tempat tu, aku dengar suara
gelak tawa mereka, farid panggil aku, turun la weh,.tersedar dari
lamunan, aku pon perlahan² turun ke dalam air, menggigil sejuk ya
amat...ketaq bak hang, perlahan² aku selam ke kawasan yang tak 'dalam'
tu..
Wohoo! memang tak dalam, mula la kami berenang
dan selam. sungguh kami tahu ada kawasan yang lebih dalam di satu
kawasan tu. sebelum kami turun ke air pon kami da nampak air kawasan tu
gelap hijau ( tanda aras dalam) tapi irsyad p jugak kawasan tu dan kat
kawasan tu ada rotan ke apa ntah utk org bergayut kot.. (ala² citer
tarzan, rotan yang kuat dan berlumut) aisshh, lepas 10 minit kami
bermandi-manda tiba2, farid terkapai2 mcm apa ntah, kami dah lali dengan
gurauan kawan² ni. aku buat dont know je... bila aku tgk betul2 memang
farid tak dapat nak kawal badan dia untuk terapung. Allah,Allah,Allah
aku dah mula cuak, waktu tu shahir pergi ke arah farid dengan niat nak
tolong dia, aku tengok farid tarik shahir, gurau ke mereka ni, aku pon
pergi hampir kat mereka berdua, dan aku turut bersama² mereka dan
muzakir sekali terperangkap dengan kami,...masing² memang niat nak
selamatkan kawan² tapi diri sendiri tak dapat kawal, ya Allah kami
lemas, kaki kami sedikit pon takde tempat berpaut. Tempat dalam ya
Allah, hanya badan kawan² saja tempat aku berpaut waktu itu. Aku,
Shahir, Muzakir dan Farid bergelut gaya mcm bergaduh, masing² bergelut,
masing2 nak keatas permukaan mencuri nafas, keadaan makin panik, asal
dapat 'benda' utk bawa badan masing² ke permukaan utk mencuri nafas
sudah terbaik,semua tak kesah apa bende tu, dan 'bende' itu tak kira
dengan cara apa sekali pon, tarik kaki, pijak bahu, tarik baju atau apa
pon cara asalkan dapat bernafas, kawasan itu di bahagian tengah, so
memang sedikit pon takda batu utk berpaut atau berpijiak, irsyad dan
syakir datang hampir kearah kami, syakir turut tak dapat kawal badan,
kami berlima terperangkap kat kawasan tu. Irsyad menyelam dan menolak
seorang² ke arah tepi tapi apakan daya khudrat seorang irsyad membantu
menolak rakannya yang 5 kearah tepi tak banyak membantu sebab masing²
masih panik bergelut, selepas beberapa minit bergelut, syakir terlebih
dahulu berjaya pergi ke tepian atas batuan besar tepi dan berusaha
mencari galah (buluh sebenarnya) utk menarik kami, waktu itu kami
berempat masih bergelut, tiada sepatah pon suara yang keluar dr mulut
kami melainkan usaha demi usaha dalam pergelutan itu (kalau keluar suara
badan lagi cepat lemah) dalam hati aku, ya Allah aku lemas, kami
lemas... kami makin lemah, byk terminum air. Setiap kali mencuri nafas
di permukaan dengan bantuan anggota² badan kawan (^_^!) setiap kali itu
kami terminum air.
Allah ,Allah,Allah... irsyad
masih berusaha membantu menolak kami ketepi, aku siap² mengucap kalimah
shahadah, sebab badan makin lemah, aku hampir berputus asa mencari
tempat berpaut, hampir saja aku mengabaikan semuanya sebab terlalu
lemah, hampir saja aku melepaskan pautan tangan ini dan biarkan tangan
mendepa dan bertawakkal dan untuk terakhir kalinya aku berpaut dengan
tawakkal pada Allah dan di kaki rakan² (kaki muzakir tak silap) dan kami
semua bersyukur apabila shahir dan muzakir dapat berpaut di rotan
berlumut di kawasan tu, kami bergayut antara satu sama lain.
perlahan-lahan syakir menarik kami dengan buluh panjang. aku bersyukur
ya Allah, semua selamat walaupun masing² kelihatan lemah. kami semua
termenung seketika dan kelihatan ada sekumpulan lelaki datang ke arah
kami dan bertanya tentang tempat itu. "ok ke tempat ni?" Irsyad jawab "
dalam juga tempat ni,kami pun bernasib baik selamat" [lebih kurang la
dialog depa] kata mereka rupanya bahagian atas kawasan atas sudah hujan
lebat dan menjadikan kawasan itu air berpusat, mcm mana ntah... mcm
tu la kot, mula la aku teringat satu entry dalam satu blog, apabila
kita lihat daun² kering atau air keroh (pembawakan pasir) di kawasan
kita mandi tu bermaksud kawasan atas sudah hujan dan cepat2 naik. jika
kita da nampak tanda² macam tu, sayugia kita cepat² naik berteduh.
Dan Alhamdulillah kami selamat dan bersyukur kepada Allah, sepatutnya
ada baki 1 jam lebih lagi untuk aktiviti santai, tapi kami berhenti
disitu saja, takut memikirkan saat² cemas waktu itu. Selepas 15 minit
berehat sambil termenung, hujan renyai² turun dan kami solat Asar dan
berehat, packing barang² dan kemaskan kawasan. tak sempat bawa barang²
naik ke bas, hujan lebat turut diselangi dengan guruh, kami dan rakan²
perempuan berteduh di dua pondok sementara tunggu hujan berhenti, hampir
satu jam juga menunggu hujan berhenti. Alhamdulliah hujan berhenti dan
kami semua bergerak ke dalam bas. tepat jam 6.45 kami bertolak pulang,
Aku membaca doa perjalanan pulang, waktu itu rakan² perempuan masih ada
yang tak tahu tentang tragis kami , kami masing² mengungkap kata² syukur
waktu dalam bas, Syukur berpeluang merasai nikmat nyawa 'dikembalikan'
dan mengimbau kembali saat tragedi tu, sungguh sangat sukar diterima
akal tapi semuanya ketentuan Allah,sungguh rencana Allah terhadap
hamba-hambanya punyai hikmah.
Sekitar 30 Minit
perjalanan pulang, Bas berhenti seketika dan kami solat maghrib di
sebuah masjid. Selepas 30 minit, aktviti terakhir iaitu sesi pertukaran
hadiah, masing² mencabut undi dan memberi hadiah masing² kepada rakan².
Sambil tu Huda sediakan Spaghetti utk kami, kami makan spaghetti dan
terima hadiah. Sedap spaghetti tu, tq huda. Sambil tu kami tonton movie
Horrey-Horrey (citer apa ak taktahu.). Aku pula dapat hadiah daripada
Amalina (ye hadiah kenangan dia bg, Frame berkubah warna keemasan ala²
citer Aladdin, boleh letak gambar aku nanti..hik3 ) dan Hadiah aku
dimiliki oleh Farhanah, Tahniah!!! mesti farhanah suka hadiah aku tu,
betul tak?? aku tahu dia suka hadiah tu...hik3, thanks juga kepada
atiqah Yaakob dan hidayah Wahab, walaupun jasad mereka tidak bersama
kami berfamily day...keh2 (mereka tak dapat dtg, hadiah saja yg mampu
dikirimkan). Hidayah dan atiqah dapat tak hadiah balik dr kawan² ???
syukur, kenangan terakhir bersama kawan² memberi 10001 pengertian dalam
erti sebuah persahabatan. Rakan² lain yg tak dapat dtg sebab komitmen
final projek dan komitmen keluarga, tak mengapa, inshaallah lain kali.
Kami tiba di UKM, jam 10 lebih. Sebelum balik ke Kolej kediaman aku
sempat pekena sambal udang sekali lg sama Irsyad, Alhamdulillah,
semuanya enjoy dan semoga ukhuwah ini berterusan. by the way, aku
coretkan semua ini sekadar mahu melempiaskan fikiran ini, rasa berat
memikirkan setiap kali bertarung dan berpaut dan hampir berputus asa,
andai aku memilih berputus asa dari berusaha mendapat bantuan berpaut pd
badan kawan² waktu tragedi pasti tiada lagi aku disini ..
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"
Perkara ini terbawa² sampai ke tidur, sampai ke makan sampai kemana
saja, terlalu sakit ditanggung seorang diri saat 'kemuncak' hampir
berputus asa mengharap ada kuasa ajaib dr Allah membantu. Aku yakin,
Farid,Irsyad,Muzakir,Syakir dan Shahir turut merasa perkara yang sama.
Andai aku memilih berputus asa dr berusaha atas kaki sendiri dgn berpaut
pada rakan², pasti tiada hayat aku lagi. Alhamdulillah ya
Allah....Sengaja aku coretkan sedikit kenangan untuk rakan² yang
membaca. semoga setiap kali membaca, 'sakit' ni dapat dikurangkan,
inshaallah....
FAKTA TRAGEDI:
- Hanya kami ber-enam sahaja yang ada waktu itu dan di kawasan itu.
- Aku seolah-olah terpandang seorang lelaki menyuruh kami naik dr mandi dikawasan itu dgn memberi isyarat tangan. (wallahu 'alam, is it true or not, blur~)
-Hati aku berdegup makin kencang bila mana sampai di kawasan tragedi
-Kami terminum air setiap kali cuba mencuri nafas (kenyang air ::LOL::)
-Irsyad berfikiran, "andai ak tak mampu selamatkan kesemua ini, aku akan selamatkan diri sendiri"
-Farid, waktu kejadian sudah terbayang wajah keluarga dan menjadi terfikir tragedi ni akan jd satu berita di akhbar-akhbar, @_@
-Kami semua dapat berpaut di rotan berlumut.Alhamdulillah
- Kalimah Shahadah sudah berbutir di bibir masing².
-Tiada suara dan patah perkataan yang keluar dari bibir kami melainkan usaha dalam pergelutan
-ALLAH SAVED MY FRIENDS AND I FROM DROWNED-
Dear JPATIANs :-
"I'll lean on you and you lean on me and we'll be okay."
~friendship never ends~
No comments:
Post a Comment