Salam sejahtera...mashaallah!
terlalu lama rasa penulis tidak update entry dalam blog nie..maaf sangat2..penulis tidak berkesempatan...
Hujung minggu, cuti sekolah memang sinonim dan selalu menjadi pilihan individu tertentu untuk membina 'masjid', a.k.a bahtera perkahwinan...
Alhamdulillah bertambah lagi ummat Nabi Muhammad! kebetulan minggu ni juga kakak kandung penulis akan melangsungkan perkahwinan, semoga beliau bahagia sentiasa..Ameen!!!
|
SNAP KETIKA MAJLIS PERTUNANGAN!!! |
|
SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIRNYA!
Ha, kat sini juga penulis nak selitkan tentang 'harta' paling bernilai buat saudara-saudari yang bakal atau yang sudah bernikah,iaitu perlakuan yang dilakukan oleh Rasulullah semoga amalan Rasulullah s.a.w menjadi tips pertama dalam mensejahterakan perhubungan dalam bahtera perkahwinan, Renung2kan dan selamat beramal!!!
6 TIPS
1)Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2)Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3)Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali kerumah sesudah selesai sembahyang.’ 4)Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 5)Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s.a.w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6)Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) [Surah An-Nur: Ayat 26] ::Cik cili padi::- Baik bernikah terus kalau rasa nak bercengkerama bawah pohon-pohon rendang!! tata By ----> Hafifi Borhan El Said love & Faith <----
|
No comments:
Post a Comment