BERFESYEN SEHINGGA LUPA YANG HAQ~~

Hai Assalamualaikum...
entry kali ni pasal fesyen minah era kini... .
wahai muslimah .. apakah nilai hijab bagi diri kamu??
apakah motif kamu menyarungnye ???
hah... adakah ia sekadar hiasan ??
atau ia hanya sekadar cebisan kain ???
kadang2..bila dah pakai cantik2 tu... lain la pulak yang terdedah
(free2 je org leh tgk)...
aisshh.... pelik lak ambo nak memikirnye...
waktu ambo balik ke kampung ari tu.. mcm2 kerenah ambo tgk..
meluat aiihh..
bukan apa...
org kampung ada kata kalau dah cantik kat luar biar kat dalam pon cantik..
kalau kat luar dah tunjuk?? tak comel la kan.... kesian lak kat si suami kelak..
(taktau la pulak kalau suami bangga)
semua tu untuk suami la cik kak.. suami je berhak..!
ke saje je?? ikut trend ya? ok fine up to u...!!
Artis Malaysia pon dah menjadi2 skang.. nak tunjuk apa yang cantik la tu...!
wah cantik ker??
bukak la lg..biar semua leh tgk.. free je kan...!
pastu bila kene rogol jgn nak salahkan orang...
renung2kan dan selamat beramal~~


    Fesyen terkini la ni... ish2

















                                                                                                                    


                                                                                                    
Artis pon satu kes.. Idol kah?? haiyaa


Manis:::> Hampir Menutup Aurat~


Stylista ka??

Kene ceq takrif tudung itu apa...~ 









OK cau~..renung2kan dan selamat beramal~~~



** Mase mula2 nak pakai tudung dulu biasa laa....
nanti bila hati dah terbuka sy pakai laa...
Sy nak cuba2 dulu... sy belum bersedia...
Ayooo..kak, sekolah dulu tak pernah pakai tudung penuh ka??? Pelik bin Hairan la pulak....
jawapan lg menarik.... Kubur kita lain2...apa ko susah.... ermm..~

LUAHAN HATIKU.

Tuhan! Jika aku masih sujud pada-Mu. Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkan-Mu. Namun aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu.
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab. Tapi Engkau masih sudi menerima aku. 
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu. Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmat-Mu
Tuhan! Ajarkanlah aku bagaimana beradab dengan-Mu. Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu
Aku takut setiap kali
Aku menyembah-Mu
Aku derhaka dengan-Mu
Tanpa AKU SEDARI




Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku, kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu Tuhan
Maafkanlah aku tidak pandai beradab. Begitulah hamba-Mu selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu
Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan. Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkan-Mu
Wahai Tuhanku! Ajarkanlah aku. Bagaimana beradab dalam sembahyang
Agar Kau tak putuskan hubungan dengan-Mu. Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku. Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk mengadap-Mu Tuhan. Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu Tuhan

CERITA TALI GANTUNG

Salam,
Ok fine, kalau bercakap pasal tali gantung...semua orang takut..
kucing kat umah sy yang berjumlah 22 ekor tu pon cuak tahap hantu raya 
( tp ada yg dah mati, kene racun, sob sob)..
SAYA SAYANG KUCING SAYA
kalau dulu mase kecik2 sy selalu dok pikir..
mcm mana ek kalau org yg kene penjara
seumur hidup.. seumur hidup tau!!
Sepanjang hidup dia ke kene kurung ?
ish2.. sy tak sanggup....
tapi hakikatnye.. hukuman seumur hidup tu bergantung pada umur dia... cuba korang bayangkan, kalau umur dia 76 tahun Rogol dan Bunuh anak..
siap la ko... good bye then... hehe
TALI GANTUNG oh TALI GANTUNG... 
hukuman paling menyeksakan...
bayangkan saat digantung tu apa agak2 yang dirasa..
perit dia... 
better dr kene pancung kan kan......


 Bawah ni pasal tali gantung:-




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK 

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana  dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG 

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.






HANDSET NOKIA.. mantop..!!

Hai semua...
Cis... kajang pak malau kajang berlipat kajang..(tbe2)
kes baru pasal enset lak.. proses perkilangan nset... mak aii... syok je kalau ak dapat satu.....
skang ak pakai sony ericson . aduyai... mcm biasa..low quality macam kafe kolej ak....eh silap..!
kali kedua lak ni ak pakai... fes pakai sony waktu tu ak baru nak kenal hidup ber 'henset' ni... belek2 punya belek..last sekali menangis tak berlagu... bukan sebab ak.. tp ak tp ak syak sony product (syak je bukan tuduh tau) memang kuat main.. main kuat..aisshh...benci sony ericson !!! wakaka
pasni leh wat page kat facebook.. AKU BENCI SONY ERICSON.. ala...mcm page fasha sandha tu..hihi.. tak pon bik mama (makin hari makin menjadi) ish2,,, sabau je la... 
hah..
 bagi ak lak:-
Sony menarik tp ada certain tu ak memang tak puas hati...mcm lahabau je.. (tipah tertipu)
tp bila dpt nset main mesej senyum sorang2  (ak la tu) buang tebiat kot...kata mak ak..haha
(kawan buat lawak laa) * gelak guling2
(henset skarang) huh

lepas ni kalau ada rezeki sampai le taste baru  der!!.

NAK RASE NOKIA LA PULOK...hihi (mcm manis)






 sekitar proses perkilangan nset NOKIA....heh

    













































   Aaahhh.. bg ak nset yg best2 sikit pon dah ok.. takyah nak beria nau....
haisshh nset oh nset....
cau~


TETAMU "ISTIMEWA" ICT SHAH ALAM..



Hai semua... Assalamualaikum.. ehem2...
entry kali ni pulak sy nak habaq satu kes la...mashaallah.. terkesima sebentar melihat gambar2 ini
al-kisahnya mengenai tetamu 'terundang' ICT Shah Alam... ermm... mungkin baru bg sy tapi tidak bg anda...  (tak gituw?) hehe
 CUBA kalian tatap betul2 gambau di bawah..adakah benar?? atau fiktif belaka.. haisshh.... mungkinkah Photoshop?? mungkinkah?? hah... renung2kan dan selamat berfikir....
hehe...
jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri....... oppsss!...



seronok lak g ICT ni.... ermm... calow bete.. Roger n Out!!






jom bergambar.....hehe






eh, eh ada 5 orang laa... kawan ke tu??? ermm....



opocot......! 




hah, ni untuk anda.. Si jenglot... lama kot tak dengar kabo beliau.. haishhh!!... 
meninggalkan 1000..1 pertanyaan!!..




k bubye,, wasalam


RAGAM RAKYAT MALAYSIA & ARIEL PETERP**N DAN LUNA MAYA..heh


Assalamualaikum... salam Satu Blog (hehe pon boleey) ermm..kali ni sedikit la tatapan gambar untuk pengunjung blog ni haa....
yes, tepat sekali (tbe3).... ntah mende2 lak..ragam  rakyat Malaysia ni.....haha... gua tinggalkan gambar ni tuk korang tengok (tatap mata saya kata Oma Bertha) wakaka... teruja lak gua.. *+_+*




wau...nampak tak apa yg menarik kat situ.....??
haha

hah tahu..perlahan la sikit kan..hehe


Kereta ni made in Kajang hehe... belakang Metro Kajang, belok kiri..terus....belok kanan lak... hah
terus dan naik bukit...seterusnya ikut signboard....->

Baling batu a.k.a rejam...aisshh  kat penzina la (kan wajib tu)... ni bagi tempat selesa lak kat mereka... Negeri aku lak tu......huh sediiiiiiiih!!!!


I don want banana fruit two times..hehe
(tragedi Sani Xpress mencuit rasa) bersepai gitu..kepala mereka... (Innalillahi wa Inna Ilaihi Roji'un)


hati2 pak cik sat g kene hon sia2 hidup (ada pengalaman ni) wakaka


mak aaaiii.... ni memang terbaik dari ladang...exercise bro!!



CCTV ada apa barang....


sediiihhh...hehe
teringat lak kempen " kami Prihatin"  ermm 
(dah prihatin laa tu sebab tu ada tempat tinggal bg mereka yang terlanjur)... erk!


weeeeee~ 



hah.. ni dia gambar Ariel PETER P**N & Luna Maya.... heh...



dah laaa... bosan kot menanti exam 9 hari yg akan datang... sok gua keluar jalan2..heh k bye~ Cau....



 ngantuknyeerr...~