Tuhan! Jika aku masih sujud pada-Mu. Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkan-Mu. Namun aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu.

Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab. Tapi Engkau masih sudi menerima aku.
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu. Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmat-Mu
Tuhan! Ajarkanlah aku bagaimana beradab dengan-Mu. Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu
Aku takut setiap kali
Aku menyembah-Mu
Aku derhaka dengan-Mu
Tanpa AKU SEDARI
Aku takut setiap kali
Aku menyembah-Mu
Aku derhaka dengan-Mu
Tanpa AKU SEDARI
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku, kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu Tuhan
Maafkanlah aku tidak pandai beradab. Begitulah hamba-Mu selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu
Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan. Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkan-Mu

Wahai Tuhanku! Ajarkanlah aku. Bagaimana beradab dalam sembahyang
Agar Kau tak putuskan hubungan dengan-Mu. Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku. Janganlah Kau putuskan hubunganku dengan-Mu Tuhan
Teruslah panggil aku untuk mengadap-Mu Tuhan. Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu Tuhan

No comments:
Post a Comment