Virus Ebola: Dilemma Dan Berserah



Bismillah, dunia global telah dikejutkan dengan berita penyakit yang telah melanda beberapa negara di Afrika Barat seperti Negara Guinea dan Mali. Virus ini mampu merebak dan membunuh mangsa dalam tempoh sekitar 2 minggu dan ekoran daripada jangkitan virus ini akan menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalaman dan luaran yang serius yang akan membawa kepada maut. Simptom awal untuk penyakit ini adalah mengalami demam, sakit kepala, sakit otot dan sakit tekak.



    Di Malaysia, Alhamdulillah masih Allah lindung daripada penyakit Ebola ini akan tetapi jangan sesekali kita mendabik dada, kita mesti mengambil pengajaran yang suatu ketika dahulu Malaysia juga tidak ketinggalan dengan wabak seperti H1N1, JE dan SARS yang semuanya adalah ujian yang Allah berikan kepada manusia supaya berfikir. 

    Bila menulis tentang isu ini maka teringat saya terhadap kisah seorang Nabi Allah yang tabah iaitu Nabi Ayub yang mana Allah uji baginda dengan penyakit kusta yang menyebabkan dirinya di pandang hina dan dipulaukan sehingga tahap anak dan isteri meninggalkannya kerana tidak tahan menanggung derita di perlekehkan oleh orang sekeliling. Baginda bersabar dan terus bersabar. Kalau dulu baginda di sanjung kerana kekayaannya yang melimpah ruah dengan hasil ternakan dan pertanian yang menjadi dan apabila di uji Allah, sanjungan dulu menjadi hinaan. Kisah ini telah Allah nyatakan di dalam al Quran surah Al Anbiyaa' ayat 83-84;-

....dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang." ( ayat 83)
Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. ( ayat 84)


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang paling besar selepas nikmat iman dan nikmat Islam, maka hendaklah kita jaga dan bersyukur serta beringat jangan sesekali merungut atau mengeluh. Apabila seseorang itu di timpa musibah maka Allah akan tarik dia 3 nikmat iaitu senyum di wajahnya, kekuatan di tubuhnya serta dosa-dosa kecil yang dilakukannya dan setelah sihat Allah pulangkan kembali nikmat tersebut iaitu riak wajah yang gembira serta kekuatan tubuh yang sihat tetapi Allah tidak pulanngkan dosa-dosa yang di tarik. inshaallah semoga kita diberkati hendakNya.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara yang lainnya

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Sihat SEBELUM Sakit
Tua SEBELUM Muda
Kaya SEBELUM Miskin
Lapang SEBELUM Sempit
Hidup SEBELUM Mati



Dan akhir sekali saranan Rasulullah tentang penyakit yang berbahaya seperti di atas;
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya.  #kuarantin

 Dan harus kita ingat setiap sesuatu yang berlaku itu adalah kerana iziNya. Setiap kesulitan itu pasti akan di susuli dengan kesenangan dan setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan mati. Renung-renungkan dan selamat beramal. Inshaallah

Firman Allah;
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. [al-Taghabun 64:11]







 - Hafifi Borhan El Said-













 

1 comment:

Anonymous said...

Great... moga kita dilindungi Allah.