ALLAH SAVED MY FRIENDS AND I FROM DROWNED

              Aku terlalu teruja dan terlalu gembira apabila ada program kenang-kenangan bersama kawan2 tahun akhir jabatan pengajian arab tamadun Islam,UKM. Aku fikir waktu itu, lepas ni mungkin kita da tak berpeluang jumpa sebab masing² pon da dewasa, bawa haluan masing² dengan kerjaya dll (Ceh,klise sungguh alasan),, mana mungkin ada masa mcm ni lepas ni.. teringin pulak jd 'kanak²' sekejap nak main sukaneka lepas ni dah takde susasana ni. sungguh kat hati ni ikhlas nak pergi family day batch sebab nak meraikan rakan² lain. aku bahagian pengurusan program dan ada yang bahagian lainnya seperti pengangkutan dan AJK organisasi program.. Bermula dengan penyertaan 35 orang rakan² dan last² sekali baki hanya tinggal 25 orang selepas penarikan penyertaan last² minit...Aduh!
              Kami yang lelaki tinggal 6 orang daripada 13 orang yg nak join this program. aku mula 'down' sekejap sebab ramai yang tarik diri last² minit. Aahhhh!!!  its ok itu bukan masalah even mood dah berubah sikit.. muda hanya sekali, so kita enjoy..LOL,  aku korbankan cuti gap dr final exam seminggu lebih sebelum final paper 25 Jun 2012 ni, utk jumpa family kt kampung semata² nak berkumpul ramai² utk terakhir kalinya, last² 25 orang insan bertuah dpt jumpa aku..hik4 (ye dpt jumpa aku), lebih kurang 5 bulan juga kaki ini tak jejak di kampung halaman. Apa² pon program ni mesti diteruskan, makanan pon dah tempah,bas pon dah tempah. family day batch yang berlokasi di Ulu Yam Baru Selangor (Lokasi asal di Melaka) memberi seribu kenangan dan pengalaman yang memang ak takkan lupa sampai bila². sungguh hati ini bangga melihat rakan² 24 org yg gigih meneruskan hasrat join program ini. thanks a ton. tepat jam 7.05 pagi, aku dah sampai di fakulti pengajian Islam (tempat berkumpul) semangat tak? aku dtg sama irsyad, sebelum sampai di fakulti, aku dah ckp kt irsyad aku rasa mcm malas nak g, irsyad senyum ja...senyum dia aku faham,aku tahu dia pon sama mcm aku (malas nak join), dia sembunyi lumat-lumat dalam hati.. Setiba aku dan Irsyad di fakulti, waniey dah sampai dulu, paling awal,paling semangat (nak main game super spontan sebenarnya hehe). kira² jam 7.45pg berkumpul, bilangan rakan² perempuan bertambah menunggu bas.
             Aik?? 4 orang lelaki je? mana yg lain ni? tido? kami semua call kawan2 yang lain.. tak angkat? aduh mcm mana ni tak syok la.... call² biar sampai 20 missed called.. hehe.. syakir (post pengangkutan) dan farid (KP program) dah ada dalam bas, melengkapkan bilangan jejaka tampan 6 orang kesemuanya. Tibe² 'Zaaassssss' (bunyi ular,  incoming ringtone msg). Hah, Syakir mesej ak, dia kata "bas on da way ke fakulti nak angkut ampa". Rakan2 perempuan tanya aku, "weh berapa org yang join ni" aku senyum je, (ak malas nak bgtahu yang ramai tarik diri last minit, ak sengaja  taknak ganggu mood mereka). kami semua naik bas dan berpakat 10 minit tunggu sambil call berulang kali, kalau tak sampai juga kami tinggalkan. ok tepat 10 minit bas pon jalan, good bye semua...  shahir baca doa mula perjalanan. Uh, sambal udang meresap ke hidung... sedapnyeee, tiba² lapar pagi tu..aishhh.. ( dalam hati, terbalas juga hajat nak pekena sambal udang di kampung.) Amalina dan farhanah beri roti² aneka krim utk breakfast dan minirel water ^_^
            Perjalanan ke Ulu Yam ambil masa hampir 1jam 40 minit (jem sekejap kt highway), kami sampai saja di tempat, terus bawa turun barang dan set up tempat nak ber-BBQ. Ohoi syok, tapi aku tak faham kenapa hati ni tak tenang dr awal perjalanan sampai la ke destinasi. tak tenang dan tak tenang, aku cuba abaikan perasaan ini... kami terus set-up tempat dan bakar ayam,sosej dll. Makanan banyak sungguh, takut pembaziran berlaku, kami ajak driver bas makan bersama kami. Hampir 3 jam kami menyiapkan BBQ dan lepas semua settle kami makan sama-sama... Alhamdulillah cukup makan semua, kenyang , semua bergegas siap untuk solat. tepat jam 2.30 petang, majoriti dah siap solat, kami hanya menunggu lebihan rakan² yang lain untuk meneruskan event sukaneka. seusai semua kelihatan berkumpul, aku sebagai ketua program, bg la briefly events sikit tentang acara sukaneka ni.., cari gula2 dalam tepung mcm ni.., makan kek coklat tanpa guna tangan mcm ni dan tiup belon sampai pecah mcm ni...keh2...bla....bla... and then satu...dua...tiga...ting~ .
               Gembira tengok gelagat² rakan², semua enjoy. ya lah muda hanya sekali so, kita enjoy ::LOL::  Ooh ye, sorry waniey, game super spontan tak sempat nak buat..hehehe. Alhamdulillah, habis saja bersukaneka, aktiviti santai kami bermula, siap² nak terjun mandi. aduhai,rugi ada rakan² yang lupa bawa baju lebih. Si akma,azyati, Fadhilah,Aishah dll. (kesian depa dpt celup² kaki kat air je) yang perempuan mandi bahagian atas, kami yang lelaki puas cari port baik punya, tapi sebenarnya rakan² perempuan dah cop dulu...cis!! kami beralih bahagian bawah sikit, masuk² kaki, uh cetek dan sejuk sungguh.. boleh la kalau nak main ngan budak²..haha, mandi la kami yang lelaki ni dalam 20 minit. masing-masing tak puas hati, kami pon beralih arah. cari port baik punya, berjalan la kami ke atas sedikit, 'jauh perjalanan, luas permandangan katanya' ::LOL::, kami berjalan jauh sedikit, dan jumpa tempat kelihatan seperti 'best'. Hati aku makin dup dap dup dap... apa kene la ni ya Allah, aku termenung sekejap sebelum terjun ke dalam air, kami biarkan yang lebih pro terjun dulu, biar irsyad 'survey' tempat ni dalam ke tidak (takut oi, kami ni takat² amatur kot, the beginner bab2 berenang ni, bukan tak tahu langsung tp sikit dari banyak yg praktikalnya..kah2 ) Bila irsyad bagi green light, farid, syakir,muzakir,syakir dan shahir mula terjun ke dalam air... irsyad kata kawasan tengah tak dalam, air paras dada ja (tengok irsyad berdiri dan ukur, betul la tu, paras dada). Waktu tu aku masih terfikir nak masuk ke taknak ,aku tak turun kat air lagi, taktahu kenapa, waktu tu memang kami 6 org saja kat tempat tu, aku dengar suara gelak tawa mereka, farid panggil aku, turun la weh,.tersedar dari lamunan, aku pon perlahan² turun ke dalam air, menggigil sejuk ya amat...ketaq bak hang, perlahan² aku selam ke kawasan yang tak 'dalam' tu..
              Wohoo! memang tak dalam, mula la kami berenang dan selam. sungguh kami tahu ada kawasan yang lebih dalam di satu kawasan tu. sebelum kami turun ke air pon kami da nampak air kawasan tu gelap hijau ( tanda aras dalam) tapi irsyad p jugak kawasan tu dan kat kawasan tu ada rotan ke apa ntah utk org bergayut kot.. (ala² citer tarzan, rotan yang kuat dan berlumut) aisshh, lepas 10 minit kami bermandi-manda tiba2, farid terkapai2 mcm apa ntah, kami dah lali dengan gurauan kawan² ni. aku buat dont know je... bila aku tgk betul2 memang farid tak dapat nak kawal badan dia untuk terapung. Allah,Allah,Allah aku dah mula cuak, waktu tu shahir pergi ke arah farid dengan niat nak tolong dia, aku tengok farid tarik shahir, gurau ke mereka ni, aku pon pergi hampir kat mereka berdua, dan aku turut bersama² mereka dan muzakir sekali terperangkap dengan kami,...masing² memang niat nak selamatkan kawan² tapi diri sendiri tak dapat kawal, ya Allah kami lemas, kaki kami sedikit pon takde tempat berpaut. Tempat dalam ya Allah, hanya badan kawan² saja tempat aku berpaut waktu itu. Aku, Shahir, Muzakir dan Farid bergelut gaya mcm bergaduh, masing² bergelut, masing2 nak keatas permukaan mencuri nafas, keadaan makin panik, asal dapat 'benda' utk bawa badan masing² ke permukaan utk mencuri nafas sudah terbaik,semua tak kesah apa bende tu, dan 'bende' itu tak kira dengan cara apa sekali pon, tarik kaki, pijak bahu, tarik baju atau apa pon cara asalkan dapat bernafas, kawasan itu di bahagian tengah, so memang sedikit pon takda batu utk berpaut atau berpijiak, irsyad dan syakir datang hampir kearah kami, syakir turut tak dapat kawal badan, kami berlima terperangkap kat kawasan tu. Irsyad menyelam dan menolak seorang² ke arah tepi tapi apakan daya khudrat seorang irsyad membantu menolak rakannya yang 5 kearah tepi tak banyak membantu sebab masing² masih panik bergelut,  selepas beberapa minit bergelut, syakir terlebih dahulu berjaya pergi ke tepian atas batuan besar tepi dan berusaha mencari galah (buluh sebenarnya) utk menarik kami, waktu itu kami berempat masih bergelut, tiada sepatah pon suara yang keluar dr mulut kami melainkan usaha demi usaha dalam pergelutan itu (kalau keluar suara badan lagi cepat lemah) dalam hati aku, ya Allah aku lemas, kami lemas... kami makin lemah, byk terminum air.  Setiap kali mencuri nafas di permukaan dengan bantuan anggota² badan kawan (^_^!) setiap kali itu kami terminum air.
               Allah ,Allah,Allah... irsyad masih berusaha membantu menolak kami ketepi, aku siap² mengucap kalimah shahadah, sebab badan makin lemah, aku hampir berputus asa mencari tempat berpaut, hampir saja aku mengabaikan semuanya sebab terlalu lemah, hampir saja aku melepaskan pautan tangan ini dan biarkan tangan mendepa dan bertawakkal dan untuk terakhir kalinya aku berpaut dengan tawakkal pada Allah dan di kaki rakan² (kaki muzakir tak silap) dan kami semua bersyukur apabila shahir dan muzakir dapat berpaut di rotan berlumut di kawasan tu, kami bergayut antara satu sama lain. perlahan-lahan syakir menarik kami dengan buluh panjang. aku bersyukur ya Allah, semua selamat walaupun masing² kelihatan lemah. kami semua termenung seketika dan kelihatan ada sekumpulan lelaki datang ke arah kami dan bertanya tentang tempat itu. "ok ke tempat ni?" Irsyad jawab " dalam juga tempat ni,kami pun bernasib baik selamat"  [lebih kurang la dialog depa] kata mereka rupanya bahagian atas kawasan atas sudah hujan lebat  dan menjadikan kawasan itu air berpusat, mcm  mana ntah... mcm  tu la kot,  mula la aku teringat satu entry dalam satu blog, apabila kita lihat daun² kering atau air keroh (pembawakan pasir) di kawasan kita mandi tu bermaksud kawasan atas sudah hujan dan cepat2 naik. jika kita da nampak tanda² macam tu, sayugia kita cepat² naik berteduh.
                Dan Alhamdulillah kami selamat dan bersyukur kepada Allah, sepatutnya ada baki 1 jam lebih lagi untuk aktiviti santai, tapi kami berhenti disitu saja, takut memikirkan saat² cemas waktu itu. Selepas 15 minit berehat sambil termenung, hujan renyai² turun dan kami solat Asar dan berehat, packing barang² dan kemaskan kawasan. tak sempat bawa barang² naik ke bas, hujan lebat turut diselangi dengan guruh, kami dan rakan² perempuan berteduh di dua pondok sementara tunggu hujan berhenti, hampir satu jam juga menunggu hujan berhenti. Alhamdulliah hujan berhenti dan kami semua bergerak ke dalam bas. tepat jam 6.45 kami bertolak pulang, Aku membaca doa perjalanan pulang, waktu itu rakan² perempuan masih ada yang tak tahu tentang tragis kami , kami masing² mengungkap kata² syukur waktu dalam bas, Syukur berpeluang merasai nikmat nyawa 'dikembalikan' dan mengimbau kembali saat tragedi tu, sungguh sangat sukar diterima akal tapi semuanya ketentuan Allah,sungguh rencana Allah terhadap hamba-hambanya punyai hikmah.
              Sekitar 30 Minit perjalanan pulang, Bas berhenti seketika dan kami solat maghrib di sebuah masjid. Selepas 30 minit, aktviti terakhir iaitu sesi pertukaran hadiah, masing² mencabut undi dan memberi hadiah masing² kepada rakan². Sambil tu Huda sediakan Spaghetti utk kami, kami makan spaghetti dan terima hadiah. Sedap spaghetti  tu, tq huda. Sambil tu kami tonton movie Horrey-Horrey (citer apa ak taktahu.). Aku pula dapat hadiah daripada Amalina (ye hadiah kenangan dia bg, Frame berkubah warna keemasan ala² citer Aladdin, boleh letak gambar aku nanti..hik3 ) dan Hadiah aku dimiliki oleh Farhanah, Tahniah!!! mesti farhanah suka hadiah aku tu, betul tak??  aku tahu dia suka hadiah tu...hik3, thanks juga kepada atiqah Yaakob dan hidayah Wahab, walaupun jasad mereka tidak bersama kami berfamily day...keh2 (mereka tak dapat dtg, hadiah saja yg mampu dikirimkan). Hidayah dan atiqah dapat tak hadiah balik dr kawan² ??? syukur, kenangan terakhir bersama kawan² memberi 10001 pengertian dalam erti sebuah persahabatan. Rakan² lain yg tak dapat dtg sebab komitmen final projek dan komitmen keluarga, tak mengapa, inshaallah lain kali.  Kami tiba di UKM, jam 10 lebih. Sebelum balik ke Kolej kediaman aku sempat pekena sambal udang sekali lg sama Irsyad, Alhamdulillah, semuanya enjoy dan semoga ukhuwah ini berterusan. by the way, aku coretkan semua ini sekadar mahu melempiaskan fikiran ini, rasa berat memikirkan setiap kali bertarung dan berpaut dan hampir berputus asa, andai aku memilih berputus asa dari berusaha mendapat bantuan berpaut pd badan kawan² waktu tragedi pasti tiada lagi aku disini ..

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

             Perkara ini terbawa² sampai ke tidur, sampai ke makan sampai kemana saja, terlalu sakit ditanggung seorang diri saat 'kemuncak' hampir berputus asa mengharap ada kuasa ajaib dr Allah membantu. Aku yakin, Farid,Irsyad,Muzakir,Syakir dan Shahir turut merasa perkara yang sama. Andai aku memilih berputus asa dr berusaha atas kaki sendiri dgn berpaut pada rakan², pasti tiada hayat aku lagi. Alhamdulillah ya Allah....Sengaja aku coretkan sedikit kenangan untuk rakan² yang membaca. semoga setiap kali membaca, 'sakit' ni dapat dikurangkan, inshaallah....

FAKTA TRAGEDI:
- Hanya kami ber-enam sahaja yang ada waktu itu dan di kawasan itu.
- Aku seolah-olah terpandang seorang lelaki menyuruh kami naik dr mandi dikawasan itu dgn memberi isyarat       tangan. (wallahu 'alam, is it true or not, blur~)
-Hati aku berdegup makin kencang bila mana sampai di kawasan tragedi
-Kami terminum air setiap kali cuba mencuri nafas (kenyang air ::LOL::)
-Irsyad berfikiran, "andai ak tak mampu selamatkan kesemua ini, aku akan selamatkan diri sendiri"
-Farid, waktu kejadian sudah terbayang wajah keluarga dan menjadi terfikir tragedi ni akan jd satu berita di akhbar-akhbar, @_@
-Kami semua dapat berpaut di rotan berlumut.Alhamdulillah
- Kalimah Shahadah sudah berbutir di bibir masing².
-Tiada suara dan patah perkataan yang keluar dari bibir kami melainkan usaha dalam pergelutan


                                  -ALLAH SAVED MY FRIENDS AND I FROM DROWNED-

                            Dear JPATIANs  :-
                                  "I'll lean on you and you lean on me and we'll be okay."

                                                   ~friendship never ends~