HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL

Salam satu akidah, terdetik sy nak tulis entry ni, esok 1 April 2012, dalam kalender Masihi ada sambutan APRIL FOOL, Umat Islam terutama remaja sekarang tak faham atau buat² tak faham, syok sangat mengenakan member² atau bahasa lebih klise memperdajalkan member² dengan gurauan melampau sedang hukumnya adalah HARAM dalam Islam, 
           Sambutan yang ini adalah HARAM disisi Islam.. dan sememangnya apabila HARAM itu pasti bersebab, Islam agama yg mudah, utk lebih faham sy analogikan yg Islam ini umpama sebuah farmasi yang menyediakan ubat-ubatan jika ada salah penggunaan ubat bukan salah farmasi tersebut tetapi salah orang yang menguruskan farmasi itu... mudah bukan? semuanya tersedia untuk kemaslahatan bersama!!!

Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah S.A.W memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi S.A.W turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]




Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (Hari April Fool= 1 April) adalah dilarang kerana empat sebab:

1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan...

 ** sy explore youtube pasal sambutan ni...sy ada tengok video negara Barat bergurau dengan rakannya (April Fool) main takut² menyamar jadi hantu n mangsa lari ke luar rumah kerana ketakutan kemudian mati dilanggar kereta di luar rumah... Astagfirullah... let repent wasalam!!!

By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---

KISAH WANITA YAHUDI ZAMAN NABI BERULANG

Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

       Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube. Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
           Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
          Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut  menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
           Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb.com


Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

     Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”


Wallahu’alam…. sumber:http://hasnulhadiahmad.com