CINTA AKU HANYA UNTUK ORANG YANG BENAR2 IKHLAS MENGENALIKU...BUKAN UNTUK DIPERSENDAKAN......

* ARJUNA CINTA*




Saya suka sangat tengok jari- jemari dia, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pengang. bukan takut jari- jemarinya patah, tapi takut nanti jemari- jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka di suatu hari yang amat dahsyat dihadapan yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok tubuh badan dia. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dia dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri berbanding ketika dia berada didepan mata saya. Saya pun tumpang gembira, syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok dia tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya awak? saya pun hadiahkan dia senaskhah al-Quran kecil sebagai penenang jiwa. semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; Makan, minum, jaga diri, kata dia "pandu kereta elok-elok ye nanti awak sakit, saya juga yang susah hati. Tapi bila kami pergi berjalan-jalan sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. "Aduuuuh berdosanya aku"! Tapi saya akan berjanji akan mendidik dia selagi termampu.

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber dating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. "Ya Allah, ampunkan kami, semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di syurga nanti". Amin...
*laman blog sokongan*

No comments: