6 Tips Untuk Hati Yang Galau


Bismillah, hati manusia ini sentiasa berbolak balik, kadang teguh kadang goyah. Kadang hati ingat pada Tuhan kadang hati lupa sebab itu kita harus didik hati kita dengan berfikir sejenak 
( ambil lah masa 5 minit sekalipun untuk berfikir). 
Pandang alam sekeliling dan renung keindahannya. Manfaatkan akal yang di anugerahkan Allah kepada kita dan itulah yang membezakan antara kita dengan haiwan ciptaaNya. BERFIKIRLAH. Nukilan kali ini, suka untuk saya berkongsi tips bagaimana menemui ketenangan jiwa seterusnya menjadi hamba yang bersyukur.

Firman Allah dalam Surah Al Jaathiyah : 13 

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.


-----------------------------------
TIPS MENEMUI KETENANGAN JIWA

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran 

- Memahami sari penting isi kandungan alQuran, sedikir demi sedikit sekadar yang mampu dan seterusnya
  
2. Menyayangi orang miskin/ Anak kecil/ Binatang
 
- Bermula dengan sikap ini pasti mampu mendidik hati kita kerana dalam usia kita sekarang pasti pernah melalui masa kanak-kanak. 

-Menyayangi haiwan seperti kucing dan lainnya, beranggapan bahawa setiap sentuhan dengan belaian ikhlas adalah satu ibadah, memberi makan kepada kucing-kucing juga adalah sedekah yang ganjarannya juga pahala yang besar.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas 

- Bersyukur jika kita masih cukup makan dan pakai berbanding dengan orang lain yang masih serba kekurangan.

4. Menjaga silaturahim 

- Menjaga hubungan baik sesama Muslim dan bukan Muslim. Mempamerkan sikap yang baik sesuai dengan ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad iaitu Islam sebagai cara hidup.
 
5. Banyak mengucapkan “(لا حولا ولا قوة الا بالله) "La hawla wa la quwwata illa billah"

 - Lafaz Hauqolah yang bermaksud "Tiada daya aku melainkan dengan bantuanMu ya Allah"

6- Merenung Alam Ciptaan Allah

- Berfikir sejenak tentang keindahan alam. Ambil masa pergi ke pantai dan renunglah dengan hati yang terbuka. Kalau langit yang luas terbentang itu punya tiang yang mendokong, di mana letak tiang tersebut?


Inshaallah, sama-sama kita mencuba dan perbaiki diri dari hari ke hari untuk menjadi lebih baik. Dan Akhir sekali gigihnya saya skodeng encik google (Hehe) untuk berkongsi gambar-gambar yang membuatkan saya rasa tenang melihatnya. I am crazy nature lover. :)))















 
 
~ Hafifi Borhan El Said~















THE CONVOCATION 2012


Salam.... fuh! Fuh! fuh!, dah berhabuk blog ak ni, hik3... Alhamdulillah, 23 Oktober 2012, tarikh keramat ak menggenggam segulung ijazah, tarikh tu juga bermaksud tamat sudah gelaran mahasiswa tapi inshaallah aku akan terus menggali ilmu untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Lebih kurang 3 tahun aku menimba ilmu dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam di bumi UKM, the garden of knowledge , mcm2 kenangan terpahat baik manis,baik pahit dan juga kelat..hehe, bertambah kenalan adalah antara nikmat yg paling aku syukuri, Alhamdulillah. 
        Sekejap saja rasa 3 tahun berlayar,mengemudi bahtera ilmu, tup tap tup tap..eh eh, dah grad, rasa kerdil sgt diri ni...ilmu ciput sangat. semoga aku terus semangat dan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan, sebenarnya aku lambat update pasal konvo ni, tu yang bersawang + berdebu. Inshaallah ada umur dan wang (sekarang fokus cari duit) aku akan sambung master. belajar dan terus belajar, Boleh inshaallah
        Banyak juga pengalaman waktu study dulu dari bab duit hingga bab ilmu mutu dan budi, dan aku akan belajar dari beberapa kesilapan lampau... # buatbaru.
ok, sikit je description, nah,sedikit gambar kenangan posing sakan konvo, hashtag #mudahanyasekali, beriya bergambar sampai penuh memori kamera,, jelajah UKM,Putrajaya dll takpe2 muda hanya sekali so kita enjoy..LOL






             # sekarang bertugas sebagai guru di Melaka,
inshaallah akan terus berusaha untuk memajukan diri....

by-hafifi borhan el said