10 MAKANAN PELIK KAT DUNIA..

Assalamualaikum rakan2 sekalian... Arini tgh2 malam baru la penulis dapat mem-blog..huhu... Disebabkan kesibukan keje, penulis pun x dptla nk meng-update entry sambil blogwalking... So, i'm back dgn entry tentang 10 jenis makanan2 yang penulis rase korang x terpikir nak makan and memang pelik la berbanding dengan makanan yang kite selalu makan kat negara kita...muehehe... Meh kita terjah....

Juadah2 (wau juadah kot)  ini disusun mengikut kronologi ek dari tempat ke 10 hingga pertama....yeahh !!!


Makanan yang halal dan yang haram Menurut al-quran & as-Sunnah
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.
(Surah An Nahl:114)
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al Baqarah: 168)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.”(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
10


Lidah Itik Panggang/Goreng ni amat popular sebagai makanan 'special' di restoran2 sekitar Hong Kong




9



Ini adalah lollyop 'istimewa' kerana mempunyai ulat sagu serta belalang di dalamnya..Yuckss!



8


Makanan bernama 'Haggis' dari Scotland ini walaupun sekali imbas macam roti, tetapi sebenarnya diperbuat dari limpa, hati, dan paru biri-biri.. Ermm..mcm ok je kan..hehe



7


Korang tau kan cekelat 'Mars' kan? Kat Scotland, cekelat ni di goreng kemudian di serve bersama Fish n Chips! Pelik kan..



6



Ni lagi sengal. Biskut bertih beras yang ade lebah kat dalamnyer...Rase2 korang berminat x nak try? Kalu berminat korang leh cari kt Jepun..mueheheh



5



Kate orang2 Kemboja, Labah2 goreng ni rase nye macam ayam goreng...euwwwuuuu



4



Ular ke tu? Yes, mmg ular pun... Kat China mmg makanan ni standart la dihidangkan kat restoren2 ternama. Serbuk Ular (kat tangan kanan pompuan ni) pun dah jadi macam 'pati ayam' kat sana.




3


Kuda Laut ni dah di kire sebagai makanan eksotik la... Kat China makanan ni hanya disediakan di restoren2 besar n hotel2 jer.




2


Ni mmg pelik...mmg pelik.... Ade ke orang makan darah? Darah ni dihidangkan sebagai 'cicah' untuk makanan2 seperti steambot di Indochina


Dan juara jatuh kepada ----->

1


Guinea-Pig goreng (Bahasa melayu : Guinea pig ape ek). Ni adalah makan orang Peru yg dikatakan mewarisi makanan ni semenjak zaman tamadun Inca lagi....Erkkk....


Amacam... Kalau korang sanggup x makan kalau tiba2 dihidangkan makanan2 pelik di atas? penulis tgk ulat mulong yang kat Sarawak tu pun penulis da rase geli...Meliuk2 dalam kuali...hahaha... Orait, jumpa lagi d ilain entry yuk!

Adios.....haha....
ermm..esok nak masak tom yam la pulak...hehe....kali ni nak buat yg betul2 holiyau punya hihi



selamat menjamu selera...hehe


hehe, ok wasalam..
By --->Hafifi Borhan El Said love & Faith