PESAN IMAM al-GHAZALI






Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-

1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa,,..
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”

(Riwayat Muslim)

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..
---
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Riwayat Muslim).


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..
---
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
[Riwayat al-Bazzar]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..
---
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
[Abu ad-Darda' r.a]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...
----
.....Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal...
[Surah Luqman:34]


Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
(Riwayat Muslim)


Pray to Allah and be confident of a response.!!!!



Sourcefacebook notes

by- Hafifi Borhan el Said