7 RAHSIA UNTUK JADI ORANG YANG BERJAYA

1. Anda perlu tahu apa matlamat dan impian sebenar anda. – Matlamat itu perlu spesifik dan terperinci contohnya “saya mahu tingkatkan pendapatan saya sehingga RM1000 bulan depan” berbanding “saya mahu meningkatkan pendapatan saya.” Anda harus membina pelan tindakan yang terperinci untuk mencapai matlamat dengan jayanya, selepas itu ikut sahaja pelan itu.
2. Kejayaan memerlukan fikiran yang POSITIF – Tentu anda pernah dengar perkara ini banyak kali dan mungkin ada yg sudah jemu dengannya. Namun sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita tidak mengamalkannya. Cuba imbas kembali sepanjang hari ini, berapa banyak kali anda berfikiran positif? Erm.. Sebaiknya sentiasa berfikiran positif, bayangkan kejayaan sekerap yang mungkin, jauhi pemikiran tentang kegagalan. Cuba jauhi orang-orang yg berfikiran negatif. Anda bertindak seperti apa yang anda fikirkan dan Anda adalah Apa Yang Anda Fikir!
3. Jangan bertolak ansur dengan KEBENARAN. Orang berjaya mempunyai INTEGRITI yang sangat tinggi– Kalau mahu berjaya, jauhi sikap menipu atau berbohong. Pegang teguh pada janji. Apabila buat silap usah keberatan mengakuinya. Orang berjaya tak takut menyatakan kebenaran.
4. Kejayaan memerlukan lebih banyak usaha, usaha dan usaha. – Orang berjaya tidak memeram impian mereka dalam laci. Setiap matlamat mereka penuh dengan pelan tindakan yang terperinci. Matlamat tanpa usaha tidak membuahkan apa-apa. Beranikan diri! Buat sekarang!
5. Jangan berhenti cari ilmu baru. – Belajar sangat penting dalam apa perkara pun yang kita mahu capai. Baca buku, tambah maklumat menerusi internet, media, kembali sambung pelajaran, sertai forum dll. Kalau minat dengan sesuatu hal, cari info yang perlu tentangnya. Belajar kemahiran baru contohnya memasak, berkebun, menggunakan komputer dan sebagainya. Lakukan apa saja untuk jadi yang terbaik.
6. Kalau mahu berjaya, jadi orang yang kreatif dan berbeza. – Orang yang mengikut sahaja apa orang ramai buat tidak akan mencapai sesuatu yang mengagumkan. Orang yang berjaya tidak mengikut sahaja apa yg orang lain buat. Jujur terhadap diri sendiri. Bangunkan pemikiran dan idea sendiri. Kemudian barulah anda akan berjaya!!
7. Untuk berjaya, perlu asah kemahiran berkomunikasi. – Orang yang berjaya sangat jelas dan jujur dalam interaksi dengan orang lain. Mereka turut menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama. Kalau mahu berjaya, latih diri untuk memahami orang lain sebelum kita mahu orang lain memahami kita. Dan seterusnya anda akan berjaya.



CARA MEMILIH RAKAN

"Mutala"ah Pilih Teman"


 1.Barang sesiapa yang gemar berteman golongan kaya akan ditambah oleh Allah
  
  •  Kecintaannya terhadap dunia
  •  Suka bermewah dan
  •  Bertambah sifat kedekutnya
  •   
  • ** Sehingga melupakan hari akhirat.

2.barang sesiapa yang suka berdampingan dengan pegawai pemerintah atau raja akan ditambah oleh Allah
  
  • Sifat kasar dan sombong.

3.Barang sesiapa yang gemar bergaul dengan perempuan akan ditambah oleh Allah
  
  • Sifat bodoh dalam shahwatnya.

 4.Barang siapa yang suka bergaul dengan orang-orang fasik akan bertambah
  
  • Beraninya membuat dosa dan menundakan taubat.

 5.Barang siapa yang suka mendampingi orang-orang soleh akan bertambahlah keinginannga

  •  Berbuat taat kepada Allah





**PILIHLAH YANG MANA TERBAIK UNTUK KITA SEMUA..INSHAALLAH...
Renung2kan dan selamat beramal~


Bantulah Aku Melawan Nafsu (arabic)-Mawaddah




Have a Nice day~

....Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali 'Imran: 142)

Jihad bererti: 
1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam;
2. memerangi hawa nafsu
3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam;
4. Memberantas yang batil dan menegakkan yang hak...

Do help me fighting lust


I had fought my lust every moment
I tried many times yet I failed
I didn't give up and I fought again
But I couldn't afford
I failed at last

O Lord, do help me, make easy for me
To fight this lust that is destroying me
May I'm not halted to reach You
Please help me Lord
Have mercy on me, don't let me be

Lord, do help me
Have mercy on me, don't let me be, do help me always
I don't give up, I keep on fighting by hoping help from You

Should You let me be on my own
I'll ceaselessly be in the sinful valley
O Lord, lust and satan always irritate me
Everyday they hold grudge on me whenever I want to be diligent to You

Don't leave me alone
Facing satan and my lust
I want to obey You, I want Your Please
Should You let me be, I'll be down then
Lord I'll try again fighting lust by Your help and Your blessing Lord

In this prayer I count on You
Do bestow upon me love and fear to You
As my guardians from my lust
Isn't it Your Promise to Your slaves?

O Lord, help me focus in my prayer
May I could feel Your Mightiness
Till I see everything is small, but You
By that feeling I hope at last I'll be able to fight satan and my cunning lust

Lord, in my prayer, clean up my soul, make feeble my lust
Do save myself, cultivate feeling of slavery in me 
Make it stay put for my entire life


Credit ----> MAWADDAH INTERNATIONAL


By : -------> Hafifi Borhan El Said love & Faith <--------

KISAH LELAKI DAN WANITA BERPURDAH


Suatu kisah… Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya.


               Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. “Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.


“Siapakah wanita itu?”

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
“Adakah wanita itu orang gila?”
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.






    Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.


              “Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. ” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.
“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari.” Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.



**P/S: Dunia ibarat taman dan kebun menuju ke akhirat yakni kehidupan kekal, maka sesungguhnya bajainya dengan benih yang baik supaya kita dapat menuainya kelak dengan hasil yang menggembirakan..inshaallah....~
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL~


CREDIT FOR: http://sahabatraudhah.blogspot.com/2010/09/lelaki-dan-wanita-berpurdah.html


DIARI SEKOLAH LAMA



Sawadikap.. cerita lama tak semestinya basi , sebab ia bernilai dan pasti ada meninggalkan seribu satu kemanisan... kemanisan dalam persahabatan terutamanya...
Kali nie entry pasal sekolah lama aku sebelum ak jejak kaki ke UKM.. 
syukur... 

Nama sekolah aku  
 "Kulliah Al-Lughah waddin As-sultan Abu Bakar, Pahang" ada Orang panggil sekolah Arab..
apa2 la..sebab kat Sini ak Ambil STAM ,semuanya subjek Arab..  
dan Alhamdulillah rezeki n ak dapat masuk UKM..(sedih tak dpt g Mesir).. 
sekolah ni belakang Istana Sultan Pahang kat Pekan, Pahang.. 
mantop la gua kata.kat lu,.
dia punya permandangan terbaik..! 

Dan kat sini juga ak banyak kenangan manis dan pahit..memori tercipta..hehe 
Mase tahun ak ni 2008, 
kelas dia tak campur laki perempuan..
kami kelas laki2..n pempuan2...
Al-Majd nama kelas ak.. semua lelaki...

Senang citer Kulliah lil-banin (laki) dengan Kulliah lil-banat (pempuan)
(suka hati main letak)haha
bila kelas dah asing buat apa2 pon dalam kelas semua line clear...
boleh baring2..boleh nyanyi2..haha
tak payah cover2 sebab perempuan takde...

Satu yang ak selalu perhati, bila banat @ perempuan selisih ngan lelaki... macam daun sembilu jadinya... kucup terus...*malu KOWT...hehe
ye mereka sangat malu..!! errmm..



Ni Pejabat sekolah lama (bekas Istana lama)



waktu petang selalu joging sekitar padang sebelah Istana nie...tgk kuda
dan minum ABJ..*Air Batu Jagung
(kantoi)

Laluan biasa sebelum malam


tempat selisih dengan perempuan selalu kat sini *masing2 malu2 kucing..haishhh!!

Dok petang kat sini best..angin bertiup sokmo 
...

Laluan lelaki..perempuan tidak dibenarkan..kuang2..
sekarang sekolah ak lagi cantik..macam I-City Shah Alam...sesuai la tu Pekan Bandar Diraja!!!
bila malam pekan bermandikan cahaya lampu yang meriah..~



**CANTIK KAN PEKAN?? rindu pulak ak kat Masjid polo!
bila la kaki nak jejak kesana lagi..haisshhh~

AND NOW, bila da ada kat UKM.. ia jadi macam biasa..malu2 sikit ja laa...
ada kawan shock culture!!
malu itukan perisai orang beriman,.... ok Cau!!

KAWANKU KAHWIN LAGI..

SALAM SEJAHTERA...Sepanjang tahun  2010 yang hampir berakhir ramai kawan2 ak yang sudah  mendirikan "masjid"... syukur alhamdulillah... biarpun apapun status mereka, diaorang tetap kawan ak sampai bila2...ukhuwah fillah ameen~...

semoga Allah memberkati kawan2 semua... 
USIA BUKAN PENGHALANG JODOH, KERANA JODOH KETENTUAN ALLAH RABBULIZZATI.. SEMOGA KORANG HIDUP SEJAHTERA HINGGA AKHIR HAYAT. KUMPUL ANAK RAMAI2 EA.. KASI MERIAH sikit !! HIHI..
tak lama lagi ramai la anak sedara ak...hehe

PASANGAN PERTAMA



Siti Nur Sakinah @ Sue...

DAH ADE BABY!! COMEL GILER. TAPI KUAT NANGIS. HIHI
* Syifa jgn nakal2...hehe


************************************************************************
PASANGAN KEDUA
ABDUL RAHMAN


Rahman ni kawen rezeki dia luas..Alhamdulillah,,
tak gitu papa Rahman?? hehe

.............................................................................................................................

PASANGAN KETIGA
Hafizah bte Abdul Karim




HABIS JA  tahun 2010 ni 3 sahabat sudah mendirikan masjid mereka...
mengadap tahun 2011 yang akan datang mungkin ada lagi kawan2 yang jodohnya sampai..inshaalllah... makan nasi minyak lagi ambo gamaknye..hehe

Syukur.. lepas ni maybe turn IDHAM kot:


takpun HUSAINI kot:
 hah...sebab masing2 dah ada org istimewa..KATANYA...

yang pasti bukan ak..kuang2.. bukan ye...!!!
hehe...ok cau!...
wasalam..
tunggu punya tunggu tak hadir juga... TAKPA2...SABAR nowh~.... menanti bunga gugur di pangkuan.....
**PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.....~
## lepas TIMBA CARI PERIGI...  and now,aku membenarkan "perigi cari timba" dalam kamus hidup ak 
 its ok...heh

**Pssst~ jgn lupa reunion kita di Pangkor after next year.. (umur 23 tahun) tunggu kawan2 n balik dari Jordon, Mesir dll...
Friendship never end~