KHABAR ANGIN

Salam, entry kali ni penulis nak sentuh tentang khabar angin atau cerita palsu... penulis yakin pembaca semua faham dan tahu akan akibat kalau cerita palsu dan khabar angin ini tersebar atau lebih mudah bahasa orang kampung penulis khabar angin disebut 'rumors' hehe..
JADIKAN MEDIA SEBAGAI BATU LONCATAN KEARAH KEBAIKAN~

Minggu ini kita digemparkan dengan berita kematian pelakon aksi Hong Kong Incik Jackie Chan. Penulis sangat terkezut bila dengar berita ni sebab penulis memang suka tengok cerita kung Fu dan seangkatan dengannya... hehe...rupa2nya cerita itu tidak sahih sama sekali....haiyaa!! 







Selain itu pelakon Johnny Depp turut terkena berita palsu sebegini....
Dan masalah lagi besar sekarang bila media di negara kita seakan tidak tulus dalam membuat liputan...dan bila ia tidak telus dia menipu...dan bila cerita itu tipu dan tersebar maka natijahnya sangat berat......individu tidak bertanggungjawab..kalau mende ni berterusan tak mustahil lebih ramai yang menjadi mangsa kemnodenan ICT..cis!!!
penulis yakin pembaca faham apa yang penulis nak sampaikan..... ok...dan yang pastinya ini semua tanda dunia semakin dekat dengan pengakhirannya....Ya Allah...!







-NAS-NAS AL-QURAN & HADIS-


Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.
( Surah Ali 'Imran: 78)




Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya? Bukankah di neraka Jahannam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? 
(Surah  Az Zumar: 32)


BANYAK DUSTA & KEBANYAKAN BERITA DIKHABARKAN TIDAK TEPAT

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

*** ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....



 (BERITA DUSTA)


Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


SUKA MENYEBARKAN KHABAR DUSTA 


Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.




Renung2kan dan selamat beramal~
wasalam!!
  
By -------> Hafifi Borhan El Said love & Faith <--------

AKADEMI QURAN 5 MELABUHKAN TIRAI


Salam, dan selamat sejahtera...Ahamdulillah, Allah Akbar,Subahanallah..maha suci Allah..segala puji bagi Allah,Allah maha besar.. malam ni penulis rasa sangat bahagia bukan kerana cinta tetapi kerana penulis berkongsi gembira dengan Mohd Syahriansyah Apin dari Sabah kerana berjaya menjadi juara Akademi Fantasia  Quran musim ke-5 Tahniah di ucapkan..Alhamdulillah penulis sempat menghadirkan diri ke musabaqah yang bertempat di PICC (Putrajaya International Convention) tadi..program start 8.30 malam

*Langkah kanan penulis bila masuk dewan awal, tup tap tup tap..

tengok dewan penuh sampai ada yang tak dapat duduk..kapasiti dewan itu memang puas hati..besar...kalah DECTAR UKM..hehe...

*Semoga usaha dan ibadah seperti ini diteruskan...inshaallah... 

*Psstt...penulis takde gambar live prorgram ni..mungkin penulis akan update lain masa..inshaallah...


Nas-Nas Quran& Hadis
Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh."(Surah Fushshilat: 44)

Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia,(Surah Al Waaqi'ah: 77)


Pahamilah al-Quran, kerana barangsiapa yang membaca al-Quran lalu dia memahaminya maka dia akan mendapatkan sepuluh pahala, menghilangkan sepuluh keburukan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat.”(Riwayat Imam at-Thabrani di dalam al-Ausath)



PENGACARA MAJLIS 

FINALIST AQ 5



  (JUARA AQ 5)

Mohd Syahriansyah Apin
25 Tahun, Sabah
*ok bha kalau kau~

Muhamad Nasir Mohamad Salleh
21 Tahun, Kuala Lumpur

Suhailah Zulkifly
22 Tahun, Melaka

Mohamad Husaini Mahmor
19 Tahun, Negeri Sembi


PESERTA- PESERTA  AQ 5




JURI-JURI SEPANJANG AQ-5

k, tak lupa persembahan Hadad Alwi dan adik2 comel dari seberang, Indonesia...best~ wasalam...




By -------> Hafifi Borhan El Said love & Faith <--------


Credit to this link--> AKADEMI QURAN-5