Ancaman Bagi Mereka yang meninggalkan solat Jumaat~





Kategori : IBADAH Solat


Tajuk :
Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
 
(Muslim)

KETERANGAN:-


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama...
















##---> SEKIAN, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...WASALAM~~~

7 RAHSIA UNTUK JADI ORANG YANG BERJAYA

1. Anda perlu tahu apa matlamat dan impian sebenar anda. – Matlamat itu perlu spesifik dan terperinci contohnya “saya mahu tingkatkan pendapatan saya sehingga RM1000 bulan depan” berbanding “saya mahu meningkatkan pendapatan saya.” Anda harus membina pelan tindakan yang terperinci untuk mencapai matlamat dengan jayanya, selepas itu ikut sahaja pelan itu.
2. Kejayaan memerlukan fikiran yang POSITIF – Tentu anda pernah dengar perkara ini banyak kali dan mungkin ada yg sudah jemu dengannya. Namun sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita tidak mengamalkannya. Cuba imbas kembali sepanjang hari ini, berapa banyak kali anda berfikiran positif? Erm.. Sebaiknya sentiasa berfikiran positif, bayangkan kejayaan sekerap yang mungkin, jauhi pemikiran tentang kegagalan. Cuba jauhi orang-orang yg berfikiran negatif. Anda bertindak seperti apa yang anda fikirkan dan Anda adalah Apa Yang Anda Fikir!
3. Jangan bertolak ansur dengan KEBENARAN. Orang berjaya mempunyai INTEGRITI yang sangat tinggi– Kalau mahu berjaya, jauhi sikap menipu atau berbohong. Pegang teguh pada janji. Apabila buat silap usah keberatan mengakuinya. Orang berjaya tak takut menyatakan kebenaran.
4. Kejayaan memerlukan lebih banyak usaha, usaha dan usaha. – Orang berjaya tidak memeram impian mereka dalam laci. Setiap matlamat mereka penuh dengan pelan tindakan yang terperinci. Matlamat tanpa usaha tidak membuahkan apa-apa. Beranikan diri! Buat sekarang!
5. Jangan berhenti cari ilmu baru. – Belajar sangat penting dalam apa perkara pun yang kita mahu capai. Baca buku, tambah maklumat menerusi internet, media, kembali sambung pelajaran, sertai forum dll. Kalau minat dengan sesuatu hal, cari info yang perlu tentangnya. Belajar kemahiran baru contohnya memasak, berkebun, menggunakan komputer dan sebagainya. Lakukan apa saja untuk jadi yang terbaik.
6. Kalau mahu berjaya, jadi orang yang kreatif dan berbeza. – Orang yang mengikut sahaja apa orang ramai buat tidak akan mencapai sesuatu yang mengagumkan. Orang yang berjaya tidak mengikut sahaja apa yg orang lain buat. Jujur terhadap diri sendiri. Bangunkan pemikiran dan idea sendiri. Kemudian barulah anda akan berjaya!!
7. Untuk berjaya, perlu asah kemahiran berkomunikasi. – Orang yang berjaya sangat jelas dan jujur dalam interaksi dengan orang lain. Mereka turut menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama. Kalau mahu berjaya, latih diri untuk memahami orang lain sebelum kita mahu orang lain memahami kita. Dan seterusnya anda akan berjaya.