KISAH WANITA YAHUDI ZAMAN NABI BERULANG

Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

       Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube. Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
           Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
          Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut  menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
           Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb.com


Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

     Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”


Wallahu’alam…. sumber:http://hasnulhadiahmad.com

UNIFORM PRAMUGARI DUNIA

       Salam, entry lepas sy tulis tentang pakaian tentera wanita beberapa buah negara (klik),  Dan sy kata next entry pasal pramugari beberapa buah negara la pulak...ok,untuk non-muslim itu cara berpakaian mereka dan bg yg Muslim pula dengan cara yg telah ditetapkan oleh syarak,
      Dan perlu diambil perhatian samaada atas tuntutan kerja atau arahan pengarah filem (opss marah rosnah) sebarang perkara yg sememangnye jelas melanggar syarak mcm bukak aurat etc adalah sama sekali haram dan takde kompromi pon utk dpt diskaun walaupun dengan cara bg pengajaran (rosnah mat aris kata nak bg pengajaran takpe, ok fine dia da insaf pon dgn kenyataan tu). Even awak bertudung dan pengarah suruh bukak sebab buat scene dalam rumah ia TETAP HARAM..tidak boleh tidak ia HARAM.. 
        Maka  sebab itu telah dtg Islam yg di momok-momokkan Barat Islam adalah ganas terhadap wanita. Ketahuilah Islam sentiasa menjaga martabat wanita sebab itu wanita diwajibkan menutup aurat bukan balut kerana disitu hikmah menanti ~ kamu pasti tidak diganggu... Dari sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah.renung2kan dan selamat beramal!!!



Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 


"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[##] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..."

:: ## ::> Jilbab ialah sejenis pakaian yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada. 

[Surah Al Ahzab: ayat 59]


 
1. Katakanlah wahai Muhammad: “Hai orang2 tidak beriman!

2. “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

4. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
(surah al-Kafiruun :ayat 1-6)
ok tadaa..gambar pramugari2 dunia..keh3 warna warni en en.....

ni kredit 5 posen tuk busuk..keh3
Latvia, Air Baltic

The UAE, Emirates Airlines

South Korea, T’way Airlines

Canada, Porter Airlines
Finland, Finnair

Vietnam, Vietnam Airlines

Bolivia, AeroSur

China, China Southern Airlines

Thailand, Thai Airways

Malaysia, Firefly
China, Sichuan Airlines

India, Kingfisher Airlines

The UK, British Airways

Brunei, Royal Brunei Airways

Russia, Aeroflot
Italy, Air Italy

Hong Kong, Hong Kong Airlines


(^_~)
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.
.


 INI PILIHAN SAYA (Wink~wink~)
Iran, Iran Air

ingat tu..takmo nakal2... titew babab baru taw...!
By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---