UJIAN DAN MUSIBAH DIRI SUATU TARBIYAH

     Salam Sejahtera.. semalam sy dpt satu kemalangan dan hari ni tiba2 sy terlintas nak tulis entry pasal ni... lumrah manusia yg asal perkataan (bahasa arab) bermaksud 'lupa', tidak boleh tidak pasti ada sesuatu yg kita tertinggal atau lupa...lupa pada Pencipta kita,lupa pada apa2 yg berkaitan peribadi...nah,  semalam lepas je sy jatuh dan ada la luka sikit sampai nak solat pon terganggu, sakit kot... hati ni kembali bertaut kpd cinta Allah, Cinta sy pada Allah yang kadangnye dekat dan kadangnye jauh.. ~Astagfirullah~ tapi bila cinta itu dtg ia terlalu indah... ( Hikmah disebalik ujian itu sgt indah kan ) sebab tu sy terfikir, kita sebagai manusia biasa kene selalu beringat dan selalu dapatkan sesuatu sumber ilmu yg boleh kita ingatkan selalu diri kita dr terus lalai.....

    Orait, pada surat Ar-Ruum Allah menerangkan tabi'at manusia bahawa apabila mereka ditimpa bahaya mereka berserah diri kepada Tuhannya dan bila mendapat rahmat sebahagian dari mereka kembali mempersekutukan-Nya.

NAS QURAN
 ##
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan)bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. 

[Surah Yunus: ayat 12

 ##
Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka barang sedikit rahmat**daripada-Nya, tiba-tiba sebagian dari mereka mempersekutukan Tuhannya,  

**Yang dimaksudkan dengan rahmat disini ialah lepas dari bahaya itu. 
[Surah Ar Ruum: ayat 33]


     Tak kira apa jua perkara bahaya yg kita hadapi itu semua ujian untuk mentarbiah diri kita...dan kat situ nampak kasih sayang Allah kerana dia bg kita peringatan dahulu sebelum menduga kita dengan perkara yg lebih dashat yakni kematian... Allahu Robbi, 

      Haa,, tadaa.kat bawah ni sy sje  je nak tunjuk TOP 10 binatang paling berbisa kt dunia..semuanya bahaya woo....hehe  *syukur malaysia aman sejahtera.... tp tak mustahil kan.... Nauzubillah min zalik, takot2 nanti bila kita sakit je kita ingat Allah,bila senang,sihat semua kita lupa.....ok daaa
[kredit]





10. Puffer Fish
9. Poison Dart Frog
7. Brazilian Wandering Spider
6.Stonefish
5. Death Stalker Scorpion
4. Blue-Ringed Octopus
3. Marbled Cone Snail
2. King Cobra
1. Box Jellyfish


pssst-->      USAH MENUNGGU UJIAN SEBAGAI PLATFORM MERAIH CINTA ILAHI.....



By--->  hafifi borhan el said [Love & Faith] <---

KEHILANGAN MUHAMMAD IMAN

Assalamualaikum, pagi ni sy dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang2 yang memberitahu bahawa anak saudara kami meninggal dunia atas masalah kesihatan,Allahu Robbi, Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.... sebelum ni kami sekeluarga sudah dimomokkan oleh 3 doktor pakar hospital bahawa anak yang dikandung oleh kakak mempunyai masalah kesihatan dan kemungkinan memberi risiko kepada kakak...tapi Allah Maha Mengetahui apa yang direncanakanNya...anak yang dikatakan tidak mampu hidup dengan tempoh yang lama, mampu bertahan selama seminggu..

Selepas seminggu kakak melahirkan Muhammad Iman, anak kecil ni kembali kepada Allah., seminggu mata bayi ni melihat dunia yang sememangnya tampak manis, namun ia hanya fatamorgana, Tak akan kekal dan akan hilang kelak.. kakak menangis-nangis nak tengok Muhammad Iman di Hospital semalam, sebelum hari ni disahkan meninggal kerana jantung lemah.. semoga Allah memberi kekuatan kepada kakak dan orang sekeliling... terkilan pulak sy tak dapat balik Pahang utk bersama menguruskan jenazah kerana punyai halangan...hanya dari jauh doa sy kirimkan.. sekarang Nurin Batrisha (gambar) satu-satunya permata dalam keluarga kakak....






SATU-SATUNYA PERMATA & PENYEJUK MATA
~Hadis~
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga: Apakah kata hamba-Ku?Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


By--> hafifi borhan el said Love & Faith <---